Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Wong akan sumbang kenaikan gaji kepada usaha kebajikan
PM Wong akan sumbang kenaikan gaji kepada usaha kebajikan
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyumbangkan keseluruhan kenaikan gajinya kepada usaha-usaha kebajikan bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ini bagi menunjukkan komitmen beliau terhadap pandangan bahawa semakan semula gaji politik adalah demi kepentingan Singapura.
Beliau telah memutuskan untuk menyumbang keseluruhan jumlah kenaikan gaji yang terhasil daripada pelarasan gaji kepada pertubuhan kebajikan sepanjang lima tahun akan datang, sekiranya beliau terus memegang jawatan.
Gaji Perdana Menteri, yang ditetapkan seganda daripada tanda aras MR4, akan dinaikkan kepada $3.6 juta, daripada $2.2 juta.
“Pemerintah akan terus membayar gaji saya mengikut kadar yang diperuntukkan di bawah rangka kerja tersebut, seperti mana sistem kita berfungsi.
“Saya kemudian akan menyumbangkan kenaikan tersebut kepada usaha-usaha kebajikan yang sesuai.
“Ini adalah keputusan saya sendiri.
“Saya tidak mengharapkan pemegang jawatan lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.
Berucap di Parlimen pada 8 September, Encik Wong menambah pada penghujung tempoh lima tahun, beliau akan menilai semula kedudukannya dengan mengambil kira keadaan ketika itu.
Beliau menjangka akan terus menyokong usaha yang baik, tetapi enggan membuat komitmen awam yang tidak mempunyai tempoh akhir, atau mewujudkan jangkaan bahawa perdana menteri pada masa hadapan wajib mengikut jejak langkahnya.
