Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menghadiri Sidang Puncak Asean ke-48 di Cebu, Filipina, pada 8 Mei.

Semasa acara tersebut, pemimpin Asean akan membincangkan cara memperkukuh keselamatan perdagangan, tenaga dan makanan di negara anggota Asean serta mempercepatkan peralihan tenaga hijau rantau ini di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan dan kenaikan harga tenaga akibat keadaan di Timur Tengah.