Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah menyertai lebih 12,000 penganut Hindu dalam satu acara keagamaan Kuil Sri Siva-Krishna di 31, Marsiling Rise pada 9 Februari.
Ia merupakan satu-satunya kuil di Singapura yang didedikasikan untuk Dewa Siva-Krishna, dewa unik yang merupakan gabungan Dewa Siva dan Dewa Krishna.
Encik Wong, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, turut disertai rakan AP yang lain – Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, dan Cik Hany Soh – dalam acara itu.
Kuil itu diasaskan pada 1962 di Sembawang, namun telah dipindahkan ke lokasinya sekarang di Marsiling Rise pada 1982.
Pada 2022, kuil itu membuka ruang tambahan empat tingkat, yang merangkumi dewan serba guna, studio tarian, kelas dan teres bumbung.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg