SPH Logo mobile
Langgan|

PM Wong hargai peranan Ustaz Hasbi, Ustaz Pasuni pupuk harmoni antara agama

PM Wong hargai peranan Ustaz Hasbi, Ustaz Pasuni pupuk harmoni antara agama

Apr 10, 2025 | 9:21 PM

PM Wong hargai peranan Ustaz Hasbi, Ustaz Pasuni pupuk harmoni antara agama

Perdana Menteri Encik Lawrence Wong (tengah) mengadakan pertemuan dengan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan (kiri) dan Ustaz Pasuni Maulan semasa lawatannya ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 10 April.
Perdana Menteri Encik Lawrence Wong (tengah) mengadakan pertemuan dengan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan (kiri) dan Ustaz Pasuni Maulan semasa lawatannya ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 10 April. - Foto MDDI

Perdana Menteri Lawrence Wong mengadakan pertemuan dengan pengerusi Majlis Masyaikh Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, dan seorang anggota majlis itu, Ustaz Pasuni Maulan, semasa lawatannya ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah di Victoria Lane pada 10 April.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 10 April, Encik Wong berkata beliau mengadakan perbincangan yang baik dengan dua ustaz mapan itu.

Semasa pertemuan tersebut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hasbi dan Ustaz Pasuni atas peranan mereka dalam memupuk keharmonian antara agama.

Beliau turut menyeru rakyat Singapura supaya terus membina dan memastikan Singapura kekal sebagai oasis kestabilan dan keharmonian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg