PM Wong: Konflik berlarutan Timur Tengah bawa akibat serius
PM Wong: Konflik berlarutan Timur Tengah bawa akibat serius
Konflik yang berlarutan di Timur Tengah akan membawa akibat yang serius kepada dunia, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Berkata demikian menerusi hantaran di Facebook beliau pada 7 Mac, Encik Wong berkata:
“Kami harap semua pihak akan mencari jalan untuk mengurangkan dan memulihkan kestabilan di rantau tersebut.”
Awal 7 Mac, Encik Wong telah berbual dengan Presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan berkaitan situasi yang memuncak di Timur Tengah.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia dan pihak berkuasa UAE atas sokongan dan bantuan mereka kepada warga Singapura yang tinggal di UAE.
“Pegawai kami telah bekerjasama rapat untuk memastikan rakyat Singapura kekal selamat dan memudahkan urusan bagi mereka yang ingin pulang,” kata Encik Wong.
Encik Wong menambah Singapura menghargai persahabatan erat dengan UAE dan berdiri dalam solidariti dengan UAE serta rakyatnya semasa masa yang mencabar ini.

