PM Wong: Keselamatan rakyat di Timur Tengah keutamaan pemerintah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Keselamatan rakyat di Timur Tengah keutamaan pemerintah

Mar 5, 2026 | 6:34 PM

PM Wong: Keselamatan rakyat di Timur Tengah keutamaan pemerintah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Keselamatan Singapura, Timur Tengah, PM Wong
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Misi Luar Negara Singapura sedang berusaha sepanjang masa bagi membantu rakyat Singapura yang terjejas dengan konflik di Timur Tengah. - Foto fail

Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Singapura di rantau Timur Tengah kekal sebagai keutamaan pemerintah, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 5 Mac, beliau berkata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Misi Luar Negara Singapura sedang berusaha sepanjang masa bagi membantu rakyat Singapura yang terjejas.

“Kami akan terus lakukan semua yang terdaya untuk membantu rakyat Singapura di rantau itu (Timur Tengah) yang ingin pulang ke tanah air dengan selamat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian setelah MFA mengumumkan pihaknya sedang membuat perancangan bagi dua penerbangan pemindahan untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Muscat, Oman, pada 7 dan 8 Mac.

Pengumuman itu dibuat Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang, di luar sidang perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada 5 Mac.

MFA juga akan mengaturkan perjalanan melalui darat untuk beberapa hari seterusnya, bagi warga Singapura di Bahrain dan Qatar untuk ke Riyadh, Arab Saudi – salah satu negara dengan ruang udara yang masih dibuka.

Ini sedang konflik Amerika Syarikat-Israel dan Iran kian meruncing di Timur Tengah.

Sejak 28 Februari, Amerika dan Israel terus mempergiat serangan ke atas Iran.

Iran kemudian melakukan serangan balas terhadap beberapa negara Teluk termasuk Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Sejak itu, ruang udara bagi kebanyakan negara itu masih ditutup.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg