Topic followed successfully
Go to BHkuPM Wong puji kesatuan wakili pekerja binaan, dagangan bandar terap teknologi
PM Wong puji kesatuan wakili pekerja binaan, dagangan bandar terap teknologi
Indranee Rajah dilantik Penasihat baru Kesatuan Sekerja Persekitaran Binaan dan Perdagangan Bandar
Apr 28, 2026 | 4:21 PM
PM Wong puji kesatuan wakili pekerja binaan, dagangan bandar terap teknologi
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (barisan belakang, dua dari kiri), menyerahkan jawatan sebagai Penasihat Kesatuan Sekerja Persekitaran Binaan dan Perdagangan Bandar (Batu) kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah (barisan belakang, kiri), sebagai Pengerusi Majlis Penasihat. Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (barisan belakang, keempat dari kiri), turut menyertai Majlis Penasihat tersebut. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG
Kesatuan Sekerja bagi Industri Persekitaran Binaan dan Perdagangan Bandar (Batu) telah kekal berpandangan jauh, dengan menerapkan teknologi dan bekerjasama rapat dengan golongan majikan bagi mereka bentuk semula pekerjaan supaya pekerja dapat meraih manfaat daripada transformasi industri.
Menyatakan demikian dalam satu hantaran Facebook pada 27 April, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menambah bahawa Batu bermula dengan mewakili pekerja dalam industri binaan dan kayu balak, dan sejak itu, berkembang merangkumi khidmat alam sekitar, pembersihan, kemudahan, serta pengurusan hartanah.
Laporan berkaitan
Jawatankuasa ditubuh bantu Melayu/Islam rebut peluang ekon baruApr 10, 2026 | 8:30 PM
Kerjasama tiga pihak
sasar latih 10,000 pekerja
dalam AIApr 21, 2026 | 7:43 PM

