Empat lagi anggota telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ke-38 Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 4 Disember, dengan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, secara rasmi dipilih sebagai Setiausaha Agung parti tersebut.
Encik Wong menggantikan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, yang akan kekal sebagai anggota dalam badan itu.
CEC adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti pemerintah itu.
Empat anggota tambahan yang dilantik ialah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng; dan Dr Lam Pin Min, mantan Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Pengangkutan).
Encik Ng dan Dr Lam merupakan antara anggota dalam pasukan PAP yang bertanding dalam GRC Sengkang dalam pilihan raya umum 2020.
CEC parti itu turut memilih pemegang jawatan berikut:
• Pengerusi: Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat
• Naib Pengerusi: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad
• Penolong Setiausaha Agung: Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee
• Bendahari: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam
• Penolong Bendahari: Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung
• Setiausaha Penganjur: Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong
• Anggota: Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat; Encik Desmond Choo; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah; Dr Lam Pin Min; Encik Lee Hsien Loong; Encik Ng Chee Meng; Cik Sim Ann; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan
PAP dalam kenyataannya berkata CEC itu melahirkan penghargaannya kepada Encik Lee atas kepimpinan dan perkhidmatan beliau kepada parti itu dan Singapura selama bertahun-tahun.
CEC itu turut membuat pelantikan berikut:
• Pengerusi, Jawatankuasa Eksekutif Ibu Pejabat: Encik Chan Chun Sing
• Penolong Setiausaha Penganjur: Mayor CDC North West, Encik Alex Yam; Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Encik Desmond Tan; Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling; Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How
• Pengerusi, Kumpulan Warga Emas PAP (PAPSG): Dr Tan See Leng
• Pengerusi, Biro Ehwal Melayu PAP: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad
• Pengerusi, Sayap Wanita PAP: Cik Sim Ann
• Pengerusi, PAP Muda: Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Dr Janil Puthucheary
• Pengerusi, Kumpulan Kesihatan Mental PAP: Dr Janil Puthucheary
• Pengerusi, Majlis Forum Dasar PAP: Encik Chee Hong Tat
• Pengerusi, Kumpulan Tindakan Iklim PAP: Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Koh Poh Koon
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg