Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Wong: Sokongan berterusan demi bantu rakyat
PM Wong: Sokongan berterusan demi bantu rakyat
PM Wong: Sokongan berterusan demi bantu rakyat
Pakej sokongan kedua bermatlamat untuk memberikan bantuan tambahan kepada isi rumah dan perniagaan sedang Singapura terus mengalami kesan daripada keadaan yang tidak menentu di Timur Tengah, kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Dalam satu catatan Facebook pada 29 Julai, Encik Wong berkata pakej tersebut merangkumi baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) tambahan, rebat U-Save tambahan, sokongan yang dipertingkatkan untuk keluarga berpendapatan rendah, serta bantuan yang disasarkan untuk syarikat kecil dan sederhana (SME), selain gerai makan dan pasar yang layak.
“Langkah-langkah ini meneruskan sokongan yang telah kita berikan, dan saya berharap ia akan memberikan rakyat Singapura lebih keyakinan diri sedang kita mengharungi tempoh ketidakpastian ini bersama-sama,” kata Encik Wong.