Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Wong temui Naib Perdana Menteri China
Foto MDDI
Nov 22, 2026 | 8:05 PM
PM Wong temui Naib Perdana Menteri China
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menemui Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang, di Istana pada 22 November.
Encik Ding berada di Singapura dalam rangka lawatan rasmi dari 22 hingga 23 November bagi menghadiri mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-22 serta mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bersama (JSC) yang berkaitan.
JCBC merupakan mekanisme dua hala tertinggi bagi menilai kerjasama dan menetapkan hala tuju strategik hubungan Singapura-China.
Mesyuarat JCBC ke-22 itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, bersama Encik Ding.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Jayakan inovasi bersama demi peluang baharuNov 22, 2026 | 6:34 PM
S’pura, China sasar muktamadkan lebih 20 perjanjian, inisiatifNov 21, 2026 | 4:28 PM