PMO: Pejabat LO kekal kosong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PMO: Pejabat LO kekal kosong

Jan 21, 2026 | 8:45 PM

PMO: Pejabat LO kekal kosong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ketua pembangkang, PMO, WP
Pejabat Perdana Menteri (PMO), dalam kenyataan pada 21 Januari, berkata pejabat Ketua Pembangkang (LO) akan kekal kosong sehingga Parti Pekerja (WP) bersedia mencalonkan seseorang bagi mengisi jawatan tersebut. - Foto fail

Pejabat Ketua Pembangkang (LO) akan kekal kosong sehingga Parti Pekerja (WP) bersedia mencalonkan seseorang bagi mengisi jawatan tersebut, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai respons kepada kenyataan WP.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Januari, PMO berkata: “Pemerintah menerima keputusan WP.

“Oleh itu, pejabat LO akan kekal kosong sehingga WP bersedia untuk mencalonkan seseorang untuk memikul tanggungjawab ini.”

Ia menambah pemilihan ketua parti pembangkang utama di Parlimen sememangnya pilihan semula jadi untuk berkhidmat sebagai LO, namun berkata Singapura kini berada dalam “situasi yang luar biasa”.

“Encik Pritam telah disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah kerana berbohong kepada Parlimen, dan Parlimen telah memutuskan bahawa sabitan dan kelakuannya menjadikannya tidak sesuai untuk meneruskan peranan tersebut.

“Dalam bidang kuasa lain, anggota yang disabitkan dengan jenayah yang melibatkan ketidakjujuran atau berbohong di bawah sumpah biasanya akan meletak jawatan. Ini tidak berlaku di sini,” kata PMO.

Ia menambah kejujuran dan integriti dalam sistem politik Singapura amat ditekankan, begitu juga menghormati kedaulatan undang-undang.

“AP, terutamanya mereka yang memegang jawatan kepimpinan, mesti menunjukkan contoh nilai-nilai ini dan menegakkan integriti sistem kami,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg