Masjid juga mempunyai individu yang ingin menggunakan daya kreatif mereka untuk menceburi penciptaan kandungan media sosial, kata Ketua Sosial & Pembangunan Masyarakat Masjid Al-Istighfar, Ustaz Raja Lutfil Hadi.

Semasa wabak Covid-19 melanda, Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris melihat peluang untuk memberi tumpuan menghasilkan kandungan media sosial bagi memastikan kehadiran masjid kekal dalam masyarakat.