Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PodConnect SG buka ruang penaja, podcast kongsi manfaat kerjasama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PodConnect SG buka ruang penaja, podcast kongsi manfaat kerjasama

Mar 02, 2024 | 04:28 PM



Arena podcast semakin popular pada masa kini memandangkan ia mudah diakses, menghiburkan dan tetap memberi inspirasi kepada ramai penggunanya.

 Ini bukan sahaja berlaku di negara barat tetapi juga di Singapura, khususnya dalam masyarakat Melayu/Islam. 

Menyedari impak dan pentingnya podcast pada era ini, lebih daripada 45 kumpulan penaja dan kumpulan podcast menghadiri acara perkongsian podcast eksklusif dinamakan PodConnect SG anjuran syarikat MyLustre. Kesemuanya sekitar 100 peserta menghadiri acara itu.

Podcast Berita Harian(BH),#NoTapis turut serta dalam sesi tersebut yang berlangsung pada 2 Mac 2024 di Lagun Sari @ Bukit Timah Plaza.

Antara kumpulan podcast lain yang hadir termasuk The Common Folks, OUTSIDEIN, dan ohyeke, yang turut berkongsi mengenai idea kandungan, pandangan, serta bagaimana mereka kekal relevan dan menghiburkan dalam menangani keperluan yang semakin berubah dalam masyarakat Melayu.

Sesi seterusnya turut melibatkan beberapa syarikat yang berkongsi mengenai kriteria mereka dalam memilih podcast dan bagaimana pihak podcast serta penaja boleh bekerjasama pada masa depan.

“Saya berharap bahawa acara ini dapat satukan penaja dan perniagaan baru dengan industri podcast agar landskap podcast dapat berkembang untuk menjadi lebih baik,” kata Encik Osman Ali, pemilik Mylustre.

Acara ini merupakan acara pertama yang dianjurkan khusus bagi pencipta podcast Melayu, dan penganjur berharap acara ini akan diadakan secara berterusan pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >