Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pokok tumbang atas lori di Ophir Road, tiga dibawa ke hospital

Sep 22, 2023 | 9:34 PM
ALIH LORI: Pekerja dilihat mengalihkan lori yang dihempap pokok tumbang di Ophir Road
ALIH LORI: Pekerja dilihat mengalihkan lori yang dihempap pokok tumbang di Ophir Road - Foto ST

Tiga orang dibawa ke hospital setelah sebuah pokok tumbang dan menghempap bumbung lori yang dipercayai sedang melalui Ophir Road pada Khamis.

Daripada video Tiktok yang dimuat naik oleh Antonyakash, dilihat bahawa empat daripada lima laluan trafik terhadang akibat pokok yang tumbang itu.

Menurut laporan The Straits Times, kejadian itu berlaku sekitar 7 malam semasa hujan lebat.

Sekitar 9.30 malam, kesemua laluan telah dibuka semula kepada trafik kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan bagi bantuan pada 6.35 petang pada Khamis dan apabila pegawainya tiba, sebuah lori dilihat ditindih di bawah pokok yang tumbang itu.

“Dengan bantuan daripada kren lori berhampiran, pokok itu telah dialihkan daripada lori tersebut manakala SCDF menyelamatkan individu yang terperangkap di tempat duduk pemandu,” jelas SCDF.

SCDF membawa mangsa yang diselamatkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Awal daripada itu sebelum ketibaan SCDF, dua individu di kabin depan dan seorang lagi di geladak belakang lori terbabit berjaya meloloskan diri.

Dua individu yang telah meloloskan diri dari geladak belakang lori telah dibawa ke Hospital Raffles.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg