Polis cari budak lelaki 11 tahun berkeperluan khas yang hilang
Polis cari budak lelaki 11 tahun berkeperluan khas yang hilang
Aug 30, 2025 | 10:48 AM
Muhammad Hairil Muhammad Effendi, 11 tahun, kali terakhir dilihat di kawasan Blok 29 Marine Crescent sekitar 11.05 pagi pada 29 Ogos. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA
Polis sedang memohon maklumat orang ramai berhubung keberadaan seorang budak lelaki berumur 11 tahun, Muhammad Hairil Muhammad Effendi, yang kali terakhir dilihat di kawasan Blok 29 Marine Crescent sekitar 11.05 pagi pada 29 Ogos.
Menurut hantaran oleh laman Facebook Reunite Missing Children, budak itu merupakan seorang anak keperluan khas.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau memberi maklumat menerusi laman web www.police.gov.sg/i-witness. Semua maklumat akan dirahsiakan.
Laporan berkaitan
Remaja lelaki hilang selepas keluar cari lembu di MelakaJun 5, 2025 | 5:05 PM

