Polis sedang mencari seorang pemandu yang meninggalkan tempat kejadian kemalangan di Bartley Road pada 14 Jun.
Apabila dihubungi, polis berkata mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah kereta sekitar 8.20 pagi.
Kereta tersebut dipercayai tergelincir dan pemandu meninggalkan tempat kejadian sebelum pihak polis tiba.
Tiada kecederaan dilaporkan dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan bantuan mereka tidak diperlukan.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Sebuah gambar selepas kejadian menunjukkan sebuah kereta putih yang terbabit dalam kemalangan itu berada di tengah-tengah jalan tiga lorong itu. Hampir keseluruhan bahagian bampar depannya remuk dengan beberapa bahagian bersepai di jalan raya.
Menurut akhbar Cina, Lianhe Zaobao, sebatang pokok dan pemisah jalan turut mengalami kerosakan semasa insiden itu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg