Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahat Pemimpin S’pura-Indonesia: Jalan ditutup dekat Bangunan Parlimen, Raffles S’pore

Jun 15, 2025 | 3:56 PM
Rahat Pemimpin S’pura-Indonesia, jalan ditutup dekat Bangunan Parlimen, Raffles S’pore
Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia akan diadakan di Bangunan Parlimen pada 16 Jun. - Foto fail

Para pemandu dinasihatkan untuk mengelak menggunakan jalan-jalan berhampiran Bangunan Parlimen dan hotel Raffles Singapore pada 16 Jun.

Ini sedang Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia akan diadakan di Bangunan Parlimen, manakala Majlis Jamuan Tengah Hari Negara akan berlangsung di hotel tersebut.

Presiden Prabowo Subianto akan melakukan lawatan negara pertamanya ke Singapura pada 16 Jun, dan beliau bakal menerima sambutan istiadat di Bangunan Parlimen.

Beliau dijadual menemui Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, untuk acara tahunan Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia.

Mesyuarat tersebut merupakan satu tradisi lama melibatkan pemimpin dan menteri kedua-dua negara bertemu secara tidak rasmi setiap tahun untuk membincangkan cara-cara memperkukuh hubungan dua hala.

Polis berkata pada 15 Jun bahawa pemeriksaan keselamatan akan dijalankan ke atas kenderaan di sekitar kedua-dua lokasi berhampiran Raffles Place.

Laluan kanan di Parliament Place dari North Bridge Road hingga ke tiang lampu 4F akan ditutup pada 16 Jun dari 4 pagi hingga 4 petang.

Dua lorong kiri di North Bridge Road dari Seah Street hingga ke tiang lampu 61F pula akan ditutup dari 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang untuk Majlis Jamuan Tengah Hari Negara.

Pegawai polis dan pegawai polis tambahan akan dikerah di sepanjang Parliament Place dan North Bridge Road untuk membantu dan mengarahkan para pemandu.

Sekatan tempat letak kereta akan dikuatkuasakan dengan kenderaan dilarang diletakkan secara haram atau menghalang lalu lintas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura akan menyediakan Kawasan Terhad Sementara di atas Bangunan Parlimen pada hari tersebut dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang, yang melarang sebarang aktiviti udara dan penggunaan pesawat tanpa pemandu di dalam dan ke kawasan tersebut.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Perintah Navigasi Udara, seseorang boleh didenda hingga $20,000 bagi kesalahan pertama, dan hingga $40,000 atau dipenjara sehingga 15 bulan, atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg