Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis: Mantan peguam M. Ravi ambil dadah sebelum meninggal dunia; rakan diberkas kerana kesalahan dadah

Dec 25, 2025 | 2:41 PM
Pihak polis berkata pada 24 Disember mantan peguam Encik Ravi Madasamy, yang lebih dikenali sebagai M. Ravi telah mengambil dadah bersama seorang rakannya sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah.
Pihak polis berkata pada 24 Disember mantan peguam Encik Ravi Madasamy, yang lebih dikenali sebagai M. Ravi telah mengambil dadah bersama seorang rakannya sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah. - Foto fail

Pihak polis berkata pada 24 Disember mantan peguam Encik Ravi Madasamy, lebih dikenali sebagai M. Ravi, telah mengambil dadah bersama seorang rakannya sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah.

Menjawab pertanyaan media, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan pada 5.41 pagi pada hari yang sama untuk satu kes kecemasan.

“Orang yang memerlukan bantuan ialah M. Ravi, 56 tahun. Beliau dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan kemudian disahkan meninggal dunia,” kata polis.

Polis berkata seorang lagi individu berada di apartmen itu ketika SCDF tiba, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Individu itu yang membuat panggilan meminta bantuan.

Polis menambah rakannya itu berkata “dia dan M. Ravi telah mengambil dadah beberapa jam sebelumnya, dan M. Ravi menunjukkan tanda membimbangkan selepas mengambil dadah tersebut.”

Rakan itu, yang mengaku dadah tersebut miliknya, berkata dia telah memberikan resusitasi kardiopulmonari (CPR) atau bantuan pernafasan kecemasan kepada Encik Ravi.

Rakan itu kini telah ditangkap oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

“Polis juga dimaklumkan mengenai kes kematian bukan semula jadi ini.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah,” kata polis, sambil menambah siasatan masih sedang dijalankan.

“Punca kematian hanya boleh disahkan selepas bedah siasat,” tambah polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg