Pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga emas, Cik Samsiah Osman, 78 tahun, yang dilaporkan hilang.

Beliau dilihat kali terakhir memakai gaun berwarna kuning di sekitar kawasan Blok 413, Jurong West Street 42, pada 13 Mac sekitar 7.10 pagi.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian polis - 999 - atau memberikan maklumat secara dalam talian di www.police.gov.sg/i-witness.

Semua maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya, tambah polis.