Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat kes kematian luar biasa lelaki di flat sewa Bukit Merah

Nov 4, 2023 | 6:44 PM
TEMPAT KEJADIAN: Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui terbaring di flat sewa di Bukit Merah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
TEMPAT KEJADIAN: Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui terbaring di flat sewa di Bukit Merah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto SHIN MIN

Polis sedang menyiasat satu kes kematian luar biasa, selepas seorang lelaki disahkan meninggal dunia di sebuah flat Bukit Merah pada pagi Sabtu.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian di Blok 117 Bukit Merah View itu pada 9.15 pagi.

Lelaki berusia 58 tahun itu ditemui terbaring tidak bergerak di dalam flat tersaebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kata polis lagi.

Berdasarkan siasatan awal, polis berkata mereka tidak mengesyaki ada unsur perbuatan khianat.

Seorang lelaki berusia 55 tahun ditemui bersama lelaki yang meninggal dunia di flat itu, dan kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Akhbar bahasa Cina Shin Min Daily News melaporkan bahawa polis telah mengepung koridor menuju ke flat sewa tempat lelaki itu ditemui itu, dan pegawai dilihat menemu bual seorang lelaki di koridor.

Kakak lelaki yang meninggal dunia itu, yang bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui tentang kematiannya, memberitahu Shin Min bahawa abangnya belum berkahwin, bekerja sebagai pekerja pembersihan dan tinggal bersama rakan serumah yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg