Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat kes pemandu amuk di jalan raya, paksa buka pintu kenderaan lain

Jun 14, 2023 | 5:58 PM
TENGKARAH: Klik video ini menunjukkan pemandu sebuah kereta Volkswagen kelihatan cuba memaksa buka pintu kenderaan di belakangnya beberapa kali sebelum menghentak tangannya di tingkap pintu bahagian pemandu.
TENGKARAH: Klik video ini menunjukkan pemandu sebuah kereta Volkswagen kelihatan cuba memaksa buka pintu kenderaan di belakangnya beberapa kali sebelum menghentak tangannya di tingkap pintu bahagian pemandu. - Foto FACEBOOK / SG ROAD VIGILANTE

Polis sedang menyiasat satu insiden pertelingkahan di jalan raya yang berlaku di Jalan Bahagia pada 29 Mei.

Dalam satu video yang dimuatnaik di laman Facebook SG Road Vigilante pada 12 Jun, seorang pemandu kereta Volkswagen Touran dilihat keluar dari kenderaannya selepas berhenti di tengah jalan dan cuba secara paksa untuk membuka pintu satu lagi kenderaan yang berada di belakangnya.

Video itu menunjukkan lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati terhadap pemandu kenderaan di belakang kerana pemandu tersebut telah cuba memotong laluannya apabila mereka menghampiri satu kawasan di jalan raya yang sedang dinaik taraf.

Dalam video itu, pemandu Volkswagen itu dilihat cuba memaksa buka pintu kenderaan terbabit berulang kali, sebelum menghentak tangannya di tingkap pintu di bahagian pemandu sambil menjerit dan mengamuk.

Namun dalam video yang sama itu, ada rakaman yang menunjukkan sebuah kereta Volkswagen Touran yang mempunyai nombor plat serupa, memotong jalan secara bahaya, melalui depan sebuah kereta polis di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada September 2022.

Kenderaan polis itu dilihat terpaksa menekan brek secara serta-merta demi mengelak daripada melanggar kereta Volkswagen itu.

Siasatan berkaitan kejadian itu turut dijalankan, kata polis, lapor akhbar The New Paper.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg