Polis siasat letusan bunga api di Ghim Moh
Polis sedang menjalankan siasatan selepas tayangan klip video bunga api ditemui di kejiranan Ghim Moh pada lewat malam 20 Mac.
Menjawab pertanyaan daripada The Straits Times (ST), polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kes letusan bunga api pada 11.15 malam hari itu di Blok 16A Ghim Moh Road.
Siasatan sedang dijalankan, kata mereka, sambil menambah tiada kecederaan dilaporkan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran yang melibatkan bunga api berkenaan di tempat letak kereta berbilang tingkat di Blok 16A Ghim Moh Road.
Menurut SCDF, kebakaran tersebut terpadam sendiri sebelum ketibaan pasukan mereka.
Dalam sebuah video sepanjang 30 saat di Instagram, beberapa letupan bunga api dapat dilihat di hadapan sebaris flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Sorak-sorai kedengaran semasa video tersebut dirakam.

