Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Polis: Usah sertai perhimpunan berkaitan konflik Israel-Hamas di Kebun Bunga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Usah sertai perhimpunan berkaitan konflik Israel-Hamas di Kebun Bunga

Feb 16, 2024 | 05:30 PM



Polis mengingatkan orang ramai bahawa menganjurkan acara dan perhimpunan berkaitan konflik Israel dengan Hamas adalah dilarang di sini, tanpa mengira pihak mana yang disokong.

Peringatan itu diberikan berikutan satu gesaan yang tular di media sosial untuk mengadakan satu perarakan di Kebun Bunga Singapura pada hujung minggu ini, lapor The Straits Times (ST).


Menjawab pertanyaan media pada 15 Februari, polis berkata ia sedia maklum mengenai gesaan di media sosial untuk berkumpul di Kebun Bunga Singapura bagi satu perarakan yang digelar ‘Walk-Out Singapore’ sebagai cara melahirkan pandangan berhubung konflik selama empat bulan itu.

“Permit polis diperlukan untuk kegiatan sedemikian,” kata polis dalam kenyataannya.

“Menganjur atau menyertai perhimpunan atau perarakan awam tanpa permit adalah satu kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam,” tambahnya.

Polis menyatakan lagi pendiriannya, seperti yang dijelaskan dalam kenyataan pada 13 Februari, bahawa memandangkan ketegangan yang semakin memuncak akibat konflik Israel dengan Hamas, perhimpunan dan perarakan awam sedemikian boleh menimbulkan kebimbangan keselamatan awam.

“Ia boleh membawa kepada ketegangan dan kekacauan dalam masyarakat kita, kerana masyarakat berbeza di Singapura punya pandangan berlainan mengenai isu tersebut,” ujar polis.

Polis turut menyatakan ia telah menghubungi penganjur perhimpunan di Kebun Bunga Singapura itu, dan memaklumkannya mengenai pendirian polis terhadap acara sedemikian.

“Kami menggesa rakyat Singapura agar menghargai keharmonian sosial yang kita nikmati, dan tidak terlibat dalam demonstrasi awam yang boleh menjejas keharmonian ini,” kata polis.

Bagaimanapun, orang ramai boleh menyertai acara dan perbincangan yang dianjurkan dengan betul di bawah undang-undang, untuk melahirkan kebimbangan terhadap konflik tersebut, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >