Topik diikuti
Pergi ke BHkuHalimah: Faishal berusaha gigih dekati masyarakat Melayu/Islam
Halimah: Faishal berusaha gigih dekati masyarakat Melayu/Islam
Halimah: Faishal berusaha gigih dekati masyarakat Melayu/Islam
Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob berkata Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah berusaha gigih untuk mendekati masyarakat Melayu/Islam sepanjang 2025.
Beliau berkata demikian berdasarkan maklum balas daripada ramai ketua Melayu/Islam yang berinteraksi dengannya, kata Puan Halimah.
“Saya telah mengenali Profesor Faishal sudah lama, termasuk apabila beliau berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) saya. Beliau seorang yang rendah hati, ramah mesra, rajin dan sentiasa dilihat di lapangan.”
Beliau berkongsi pandangannya itu di media sosial pada 20 Julai, selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Dr Faishal telah meletak jawatan sebagai menteri dan AP pada hari yang sama.
Ia berikutan satu ‘kesilapan pertimbangan’ dalam mengendalikan interaksinya dengan seorang wanita secara dalam talian.
“Ini adalah masa yang amat sukar bagi Faishal dan keluarganya, dan saya berdoa untuk mereka dan berharap orang ramai akan memberi mereka ruang untuk bernafas agar mereka dapat meneruskan kehidupan,” kata Puan Halimah.
