Satu video yang memaparkan perkembangan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) telah dimuat naik di laman YouTube masjlid bandaran tersebut pada 17 April.
Berjudul “Impian Jauh”, video sepanjang 1 minit 15 saat itu memaparkan warga emas menyertai pelbagai aktiviti di kawasan kejiranan – bermain catur di bawah blok, menguruskan kebun masyarakat dan beramah mesra sambil menikmati hidangan di pusat penjaja.
Menurut AHTC, video tersebut telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada siri video tiga bahagian – Impian Tinggi, Impian Besar, dan Impian Jauh.
Video tersebut diakhiri dengan mesej penutup “Kami bermimpi LUAS, BERSAMA” sambil memaparkan hasrat mereka untuk berkhidmat kepada penduduk di kawasan tersebut.
Video itu disiarkan menyusuli pengumuman empat calon yang diketengahkan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, di ibu pejabat parti itu di Geylang Road pada 17 April.
Antara calon yang diperkenalkan adalah pengurus hartanah kanan AHTC, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, 36 tahun.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg