Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Maliki faham cabaran masyarakat, bantu bentuk dasar bagi keluarga Melayu/Islam

Apr 21, 2025 | 8:31 PM
Sedang Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (kanan), mengumumkan persaraannya daripada politik menjelang Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) pada 21 April, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kiri) menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang penuh empati, dengan pemahaman mendalam terhadap cabaran masyarakat Melayu/Islam, dan menghargai sumbangan beliau dalam memperkasa kehidupan keluarga Melayu/Islam melalui pelbagai inisiatif seperti M3.
Sedang Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (kanan), mengumumkan persaraannya daripada politik menjelang Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) pada 21 April, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kiri) menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang penuh empati, dengan pemahaman mendalam terhadap cabaran masyarakat Melayu/Islam, dan menghargai sumbangan beliau dalam memperkasa kehidupan keluarga Melayu/Islam melalui pelbagai inisiatif seperti M3. - Foto FACEBOOK/MASAGOS ZULKIFLI

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, sedang beliau bersara daripada politik.

Dalam satu hantaran Facebook pada 21 April, Encik Masagos menyatakan Dr Maliki sentiasa berkhidmat dengan sepenuh hati, penuh rendah hati, cemerlang, dan dengan iltizam yang tidak berbelah bahagi.

“Beliau telah menjadi suara yang tegas — mendengar dengan teliti kisah penduduk, memperjuangkan keperluan mereka dan sentiasa mengutamakan orang ramai.

“Sikapnya yang mesra dan mudah didekati menjadikan beliau seorang tokoh yang sangat disayangi dalam kalangan masyarakat, dan keikhlasannya dalam berkhidmat mendapat kepercayaan dan penghormatan ramai,” kongsi beliau.

Dr Maliki pernah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang kerjayanya, termasuk sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang dan East Coast, Mayor, serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).

Mentelah lagi, Encik Masagos menekankan peranan besar Dr Maliki dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu/Islam, dengan mereka bekerjasama rapat dalam pelbagai inisiatif di badan Melayu/Islam seperti M³.

“Pemahaman mendalam beliau tentang cabaran sosioekonomi masyarakat membantu membentuk dasar dan program bermakna yang memperkasa dan meningkatkan kehidupan keluarga Melayu/Islam,” ujar beliau.

Dalam pada itu, antara sumbangan utama Dr Maliki termasuk Projek Jalur Budaya Geylang Serai yang meraikan warisan masyarakat serta Projek Dian, yang memperkasa keluarga untuk mencapai mobiliti sosial.

Selain itu, beliau mempengerusikan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) demi menyediakan kepimpinan agama yang berdaya tahan dan relevan.

Mengakhiri hantarannya itu, Encik Masagos mengucapkan terima kasih atas persahabatan dan pengorbanan Dr Maliki serta mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga.

Pada 12 April, dilaporkan bahawa mantan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, akan mengambil alih sebagai bakal calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di kawasan undi Siglap dalam GRC East Coast untuk Pilihan Raya Umum (GE) 2025.

Kawasan undi tersebut telah diterajui Dr Maliki hampir 14 tahun sejak 2011.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg