Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi Jabatan Pilihan Raya tidak terjejas susulan serangan data

Apr 9, 2025 | 2:59 PM
Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata operasi pilihan raya tidak terjejas, selepas vendor percetakan yang dilantiknya mengalami serangan perisian tebusan.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata operasi pilihan raya tidak terjejas, selepas vendor percetakan yang dilantiknya mengalami serangan perisian tebusan. - Foto ST

Sebuah syarikat vendor percetakan yang mengalami serangan perisian tebusan baru-baru ini telah ditempah khidmatnya untuk mencetak kad undi dan kertas undi, antara perkhidmatan lain, untuk pilihan raya umum 2025 (GE2025) akan datang, tetapi operasi berkaitan tidak terjejas, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Dalam satu jawapan media, ELD berkata pada 8 April bahawa setakat ini mereka belum memberikan data pengundi GE2025 kepada Toppan Next Tech (TNT) dan telah bekerjasama dengan vendor itu untuk meningkatkan prosesnya bagi GE2025, meminimumkan sebarang risiko daripada insiden keselamatan siber itu.

“ELD akan memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan TNT untuk menjaga keutuhan operasi berkaitan GE2025,” kata jurucakapnya, lapor The Straits Times.

TNT telah menjadi sasaran satu serangan perisian tebusan pada 1 April yang menjejas data lebih 11,000 pelanggan DBS Bank dan cawangan Bank of China di Singapura.

Apabila mengetahui tentang pelanggaran data di TNT, ELD berkata ia telah mengambil langkah segera untuk menyiasat sama ada sebarang operasi berkaitan jabatan itu terjejas.

Siasatan awal tidak menunjukkan bahawa sebarang data terjejas, katanya.

TNT melaporkan serangan itu kepada Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) pada petang 6 April, dan Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) sedang membantu firma itu dengan penyiasatan, sambil turut menasihatinya mengenai langkah-langkah pembendungan.

Syarikat Toppan juga merupakan vendor percetakan ELD untuk Pilihan Raya Presiden 2023.

Syarikat itu mengubah namanya kepada Toppan Next pada Disember 2023.

Pada Ogos 2023, penduduk daripada lebih 4,800 isi rumah di GRC Tanjong Pagar menerima dua kad undian setiap orang untuk pilihan raya presiden tahun itu, selepas pencetak tersilap menghantar cetakan ujian kad undian bersama kad undian yang betul.

ELD telah memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku ketika itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg