Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Portal pekerja gaji rendah dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal pekerja gaji rendah dilancar

Jan 26, 2024 | 04:47 PM



Pekerja yang dilindungi oleh keperluan Model Gaji Progresif (PWM) atau Gaji Kelayakan Tempatan (LQS) boleh menyemak maklumat gaji mereka dan mengetahui sama ada mereka dibayar dengan betul melalui Portal Gaji Progresif (Portal PW).

Portal PW yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk mengetahui keperluan gaji baru dan sama ada mereka dibayar mengikut keperluan PWM dan LQS.

Pekerja yang mendapati mereka tidak dibayar gaji yang betul atau ditandakan pada peranan pekerjaan secara tidak betul harus melibatkan majikan mereka untuk menyelesaikan ketidaktepatan.

Mereka juga boleh menghubungi (MOM) jika memerlukan bantuan tambahan.

Peringatan akan dihantar kepada pekerja apabila kenaikan gaji tahunan PWM berkuat kuasa untuk sektor dan pekerjaan mereka setiap tahun.

Demikian diumumkan semasa Acara Peringatan ‘Menaikkan Pekerja Bergaji Rendah melalui Kumpulan Kerja Tiga Pihak’ pada 26 Januari.

Acara tersebut memperingati ulang tahun ke-10 sejak model gaji progresif diperkenalkan untuk meningkatkan mutu kehidupan pekerja bergaji rendah di Singapura.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamed, Timbalan Setiausaha Agung NTUC Encik Desmond Tan, Timbalan Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) Encik Felix Loh, dan anggota-anggota daripada Majlis Gaji Kebangsaan (NWC), Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah dan Kluster Tiga Pihak turut hadir semasa acara itu.

Encik Zaqy, semasa berucap berkongsi tentang kemajuan yang dicapai dalam meningkatkan pekerja bergaji rendah serta kesannya sepanjang dekad ini.

Beliau berkata: “Model Kumpulan Kerja Tiga Pihak menunjukkan bahawa ia boleh dan akan terus mencari penyelesaian inovatif seperti Workfare, PWM dan LQS, untuk melindungi pekerja kami.”

Encik Zaqy berkongsi tentang model gaji progresif untuk pekerja di sektor pembersihan yang diperkenalkan pada 2014 oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Ia kemudian disertai oleh sektor lain seperti keselamatan, penyelenggaraan landskap dan penyelenggaraan lif dan eskalator, yang juga memperkenalkan PWM kepada pekerja mereka.

Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah telah ditubuhkan pada 2020 untuk mengkaji dan mengadakan perundingan dengan majikan, pekerja dan agensi sektor.

Dalam beberapa tahun akan datang, Singapura jangkakan kenaikan gaji bagi pekerja bekerja rendah yang lebih ketara.

“Keperluan gaji asas untuk pembersih am akan meningkat sebanyak 85% dalam tempoh enam tahun sahaja, daripada $1,312 pada 2022, kepada $2,420 pada 2028,” kata Encik Zaqy.

Dalam sektor keselamatan, pertumbuhan dijangka lebih kukuh.

Encik Zaqy menambah: “Gaji PWM untuk pegawai keselamatan dijangka meningkat kepada $3,530 menjelang 2028, kerana potensi keuntungan daya penghasilan yang lebih tinggi dalam sektor itu setanding dengan peningkatan gaji dalam PWM.”

Tambahan juga, Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) yang diperkenalkan pada Bajet 2022, menyediakan sokongan peralihan dari 2022 hingga 2026 kepada majikan untuk menyesuaikan diri dengan langkah Gaji Progresif, serta menggalak majikan menaikkan gaji pekerja mereka yang bergaji rendah secara sukarela.

Pemerintah telah meningkatkan tahap pembiayaan bersama PWCS dua kali sejak pengumuman skim itu pada Bajet 2022 dengan mengumumkan peningkatan untuk tahap pembiayaan bersama PWCS kepada 75% untuk Peringkat Pertama (naik daripada 50%) dan 45% untuk Tahap Kedua (naik daripada 30%) pada Bajet 2023.

Peningkatan itu mengukuhkan lagi sokongan pemerintah kepada majikan dalam meningkatkan mutu kehidupan pekerja bergaji rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >