Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Premium COE turun bagi semua kategori

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Premium COE turun bagi semua kategori

Dec 20, 2023 | 09:02 PM



Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) berakhir lebih rendah untuk semua kategori pada tender terakhir untuk 2023.

Dalam tender terkini yang ditutup pada 20 Disember, premium bagi COE Kategori B, iaitu untuk kereta dan kenderaan elektrik (EV) berkuasa lebih besar, berakhir pada $110,001 – mencatatkan penurunan terbesar sebanyak 15.4 peratus.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan selain motosikal, tutup pada kadar 11.2 peratus lebih rendah daripada $133,388 kepada $118,388. COE tersebut biasanya digunakan untuk kereta berkuasa lebih besar.

Premium COE Kategori A, bagi kereta dan EV yang lebih kecil dan kurang berkuasa, turun 3.4 peratus daripada $88,020 dua minggu lalu kepada $85,000.

Premium COE kenderaan komersial turun 2.2 peratus daripada $71,001 kepada $69,423 - kali pertama ia merosot kepada harga di bawah $70,000 dalam tempoh lebih setahun.

Sementara itu, harga COE motosikal turun 8.7 peratus daripada $9,858 kepada $9,002.

Meskipun harga COE telah merosot dengan ketara sejak paras tertingginya pada Oktober 2023 – ketika harga naik setinggi $158,004 – ia masih berada pada paras tertinggi sejak sistem kuota diperkenalkan pada 1990.

Dalam satu catatan Facebook pada November, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat berkata:

“Saya ingin mengulangi kenyataan awal kami bahawa Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memastikan bekalan COE bagi Kategori A, B dan C (kenderaan komersial) akan terus meningkat pada 2024, sehingga tahun bekalan puncak pada 2026 dan 2027.

“Saya berharap peningkatan dalam bekalan akan memberi jaminan yang lebih besar kepada bakal pembeli kereta bahawa tidak perlu tergesa-gesa memasuki pasaran sekarang.”​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >