Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Premium COE turun bagi semua kategori kecuali kereta kecil, EV

Dec 6, 2023 | 8:02 PM
TURUN NAIK HARGA COE: Premium untuk Kategori A naik 3.6 peratus kepada $88,020, manakala untuk kereta yang lebih besar turun 3.9 peratus kepada $130,100.
TURUN NAIK HARGA COE: Premium untuk Kategori A naik 3.6 peratus kepada $88,020, manakala untuk kereta yang lebih besar turun 3.9 peratus kepada $130,100. - Foto fail

Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) berakhir lebih rendah, untuk semua kategori kecuali kereta dan kenderaan elektrik (EV) yang lebih kecil dan kurang berkuasa, pada tender terkini yang ditutup pada 6 Disember.

Premium COE Kategori A, bagi kereta dan EV yang lebih kecil dan kurang berkuasa, meningkat kepada $88,020 – 3.6 peratus lebih tinggi daripada $85,001 yang dicatatkan pada sesi bidaan yang lalu. Ini adalah satu-satunya kategori COE yang mencatatkan kenaikan.

Harga COE Kategori B, iaitu untuk kereta dan EV berkuasa lebih besar, turun 3.9 peratus daripada $135,336 kepada $130,100.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan selain motosikal, berharga $133,388, turun 1.2 peratus daripada $135,002. COE tersebut biasanya digunakan untuk kereta biasa dan EV berkuasa lebih besar.

Premium COE kenderaan komersial turun 3.9 peratus daripada $73,889 kepada $71,001 dua minggu lalu.

Harga COE motosikal turun 1.4 peratus kepada $9,858, daripada $10,001.

Sebanyak 3,530 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 2,433 COE tersedia.

Kuota COE bagi November 2023 hingga suku Januari 2024 dinaikkan daripada suku sebelumnya, menjadikan jumlah bekalan COE 14,388.

Pada November, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, menyatakan lebih banyak kuota COE akan dikedepankan, yang diambil dari tahun-tahun yang mempunyai permintaan tinggi untuk mengisi bekalan semasa tetapi mengekalkan dasar pertumbuhan sifar kenderaan Singapura.

Kategori A, B dan C (kenderaan barangan dan bas) mengalami bekalan yang terhad kerana kebanyakan kenderaan sedia ada belum mencapai penghujung jangka hayat COE dan belum tiba masanya untuk kenderaan ini tamat tempoh penggunaannya, jelas Encik Chee di Parlimen pada 6 November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg