Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah: Masyarakat tidak mampu menakat, apatah lagi maju, tanpa perpaduan

Sep 6, 2022 | 9:19 AM
Presiden Halimah Yacob
Presiden Halimah Yacob -

PANDEMIK Covid-19 menekankan perlunya bagi masyarakat yang padu kerana masyarakat tidak boleh menakat, apa lagi maju, tanpa 'gam sosial' yang dapat menyatukan mereka bersama.

Berucap di pembukaan Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) di Pusat Konvensyen Raffles City Selasa (6 Sept), Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, berkata kestabilan dan daya tahan nasional adalah hasil masyarakat yang bekerjasama demi tujuan yang sama, bersatu dalam berdepan dengan cabaran serta ancaman yang dihadapi negara.

"Masyarakat yang padu tidak wujud secara spontan. Ia hasil pilihan dan penuh keyakinan.

"Pandemik ini telah menekankan lagi hal ini," ujar beliau. Tambahnya, pandemik Covid-19 merupakan krisis kesihatan awam dengan kesan sosial yang serius.

Bahkan ketika orang ramai berasa lebih bimbang, ketegangan juga meningkat, hingga menimbulkan rasa kebencian serta sikap tidak bertoleransi dan xenofobia.

Singapura juga tidak terlepas daripada cabaran sedemikian, ujar Puan Halimah.

"Pandemik ini telah menyebabkan garis pemisah yang lebih mendalam dalam masyarakat di serata dunia sedangkan apa yang segera diperlukan untuk pulih daripada pandemik ini ialah kerjasama dan tindakan bersama.

"Ini mengingatkan kita bahawa perpaduan sosial diperlukan bagi keselamatan kita bersama," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg