Presiden Halimah solat Aidiladha di Masjid Al-Mukminin
Jun 29, 2023 | 7:12 PM
SANTUNI JEMAAH: Presiden Halimah Yacob bersama jemaah yang hadir untuk solat Aidiladha di Masjid Al-Mukminin di Jurong East pada Khamis. - Foto ST
Presiden Halimah Yacob telah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Mukminin di Jurong East, pada Khamis.
Ini juga kali terakhir beliau menunaikan solat Hari Raya bersama jemaah di masjid di Singapura selaku Presiden, menyusuli pengumumannya untuk tidak bertanding bagi Pilihan Raya Presiden akan datang.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Khairul Anwar, serta pegawai Muis dan masjid yang lain termasuk Superintenden Daerah Masjid (Daerah Barat), Ustaz Dr Suhaimi Mustar, dan Naib Pengerusi Masjid Al-Mukminin, Haji Mohd Imran Omar.
Laporan berkaitan
Masyarakat Islam S’pura hidupkan syiar korban di dalam dan luar negaraJun 29, 2023 | 6:50 PM
Masjid Darul Makmur sedia ruang solat Aidiladha
di tiga tempatJun 29, 2023 | 4:29 PM

