Presiden Halimah terima sambutan istiadat tertinggi di Doha
Presiden Halimah terima sambutan istiadat tertinggi di Doha
Jun 21, 2023 | 7:16 PM
Presiden Halimah Yacob menerima sambutan istiadat negara tertinggi di Doha, Qatar, pada Rabu, dengan kehadirannya masuk ke istana diiringi kuda dan unta.
Ini merupakan penghormatan tambahan hanya bagi Ketua Negara khas yang dipilih Ketua Negara Qatar.
Kehadiran Presiden Halimah di istana Amiri Diwan itu disambut oleh Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.
Presiden Halimah dan Sheikh Tamim telah membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga dan keselamatan makanan, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Laporan berkaitan
S’pura, Qatar meterai 5 MOU bagi perkukuh kerjasamaJun 21, 2023 | 5:08 PM
Persamaan S’pura, Qatar perkukuh hubungan: Presiden Halimah Jun 20, 2023 | 6:31 PM

