Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Presiden Tharman, PM Lee ucap tahniah kepada Prabowo

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tharman, PM Lee ucap tahniah kepada Prabowo

Mar 21, 2024 | 06:05 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada Encik Prabowo Subianto, atas kemenangannya dalam pilihan raya Presiden Indonesia pada 14 Februari. 

Kededua pemimpin Singapura itu telah menulis surat tahniah kepada Encik Prabowo pada 20 Mac, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA). 

Encik Prabowo ialah presiden kelapan Indonesia, menggantikan pendahulunya, Encik Joko Widodo.

Kemenangan Encik Prabowo telah disahkan pada 20 Mac selepas pengiraan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) menunjukkan beliau dan pasangan naib presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan anak Encik Widodo, telah berjaya memenangi 96,214,691 undi, mewakili 58.59 peratus daripada jumlah keseluruhan undi. 

Dalam suratnya, Tuan Presiden berkata mandat kuat yang diterima rakan sejawatannya, Encik Prabowo, “menunjukkan keyakinan dan kepercayaan warga Indonesia terhadap kemampuan anda untuk memimpin Indonesia ke arah kemajuan yang lebih besar”.

“Saya yakin di bawah kepimpinan anda, Indonesia dan Singapura akan terus menjadi kawan rapat dan rakan kongsi, sambil kita bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan dua hala untuk kepentingan rakyat kita,” tulis Tuan Presiden. 

Kedua-dua presiden pernah bertemu pada November 2023 apabila Tuan Presiden menyampaikan Encik Prabowo anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera), iaitu penghargaan tentera tertinggi Singapura, di Istana.

Encik Prabowo pada ketika itu ialah Menteri Pertahanan Indonesia.

Dalam surat berasingan, Encik Lee pula melahirkan penghargaannya kepada Encik Prabowo atas muhibah dan persahabatan sepanjang dekad lalu dan sumbangan besarnya dalam meningkatkan hubungan dan kerjasama yang erat antara kededua negara.

“Saya menghargai banyak perbualan antara kami selama ini, dan sentiasa menghargai pandangan anda tentang perkembangan serantau dan global,” kata Encik Lee.

Encik Lee yakin Encik Prabowo dapat membina asas kukuh untuk membawa hubungan dua hala antara kededua negara ke hadapan bagi manfaat generasi akan datang.

“Bidang pertumbuhan baru seperti ekonomi hijau dan digital, kemampanan, penjagaan kesihatan dan pembangunan modal manusia menawarkan banyak peluang menarik yang mana kita boleh mengumpulkan kekuatan kita yang saling melengkapi.

“Di serantau, banyak juga yang Singapura dan Indonesia boleh capai dengan bekerjasama untuk memajukan kepentingan Asean,” tulis Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >