Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Prestasi hotel S’pura stabil pada Nov 2023: STB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prestasi hotel S’pura stabil pada Nov 2023: STB

Jan 03, 2024 | 07:40 PM



Prestasi hotel Singapura kekal stabil pada November 2023, dengan kadar purata bilik (ARR) dan ukuran penting lain kekal rata atau menurun sedikit berbanding bulan sebelumnya, menurut data terkini Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Angka terkini itu muncul ketika ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura menurun untuk bulan keempat berturut-turut kepada 1,100,459 pada November, menunjukkan penurunan sebanyak 2.3 peratus berbanding 1,124,954 ketibaan pada Oktober, lapor The Business Times.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Bahagian Hotel, Rekreasi dan Hartanah Colliers, Encik Govinda Singh, berkata angka pada November menunjukkan pertumbuhan kadar purata mungkin mencapai puncak bagi kebanyakan segmen hotel – sekurang-kurangnya buat masa ini – apabila pengguna semakin peka terhadap harga.

“Selain itu, dengan masalah kekurangan pekerja menyusut, pengusaha hotel kini juga mempunyai keyakinan untuk meningkatkan tahap penghunian, terutamanya di hartanah saiz besar, yang akan mengurangkan kadar purata,” katanya.

ARR mengalami penurunan 1.8 peratus pada tahun itu kepada $277.40, daripada kadar semakan Oktober $278.42. Hasil keseluruhan bilik hotel merosot 4.7 peratus tahun demi tahun kepada $408.8 juta, daripada $411.8 juta yang disemak pada Oktober.

Hasil pendapatan bagi setiap bilik turun 9.5 peratus pada tahun itu kepada $219.13, daripada $216.60 pada Oktober. Ini adalah bulan kedua berturut-turut di mana Revpar mencatat penurunan tahun demi tahun.

Kadar penghunian purata November meningkat sedikit kepada 79 peratus, pulih daripada kadar 77.8 peratus bulan sebelumnya.

ARR kekal rata suntuk kebanyakan kategori hotel pada November. Segmen mewah adalah satu-satunya yang menentang tren, dengan ARR melonjak sehingga $595.96 daripada $581.75 pada bulan sebelumnya.

Encik Singh menyatakan segmen mewah lazimnya adalah yang terakhir untuk menurunkan harga,walaupun harga merosot secara umum. Ini disebabkan oleh pelanggan sasarannya lebih berdaya tahan.

“Pada kemuncak musim cuti Disember, jangkakan kadar purata merentas semua segmen untuk kembali kepada pertumbuhan, sekali lagi dipimpin segmen mewah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >