Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pro Bono SG kumpul lebih $1.7j, biaya usaha bantu masyarakat akses khidmat guaman

Feb 8, 2025 | 1:52 PM
‘Just Jalan 2025’, inisiatif mengumpul dana utama Pro Bono SG, telah dirasmikan oleh Menteri Negara (Pembangunan Digital dan Maklumat merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan), kali ini bersifat hibrid dengan menawarkan jalan kaki sejauh 5 kilometer (km,) larian 8km dan pilihan berjalan kaki secara maya.
‘Just Jalan 2025’, inisiatif mengumpul dana utama Pro Bono SG, telah dirasmikan oleh Menteri Negara (Pembangunan Digital dan Maklumat merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan), kali ini bersifat hibrid dengan menawarkan jalan kaki sejauh 5 kilometer (km,) larian 8km dan pilihan berjalan kaki secara maya. - Foto PRO BONO SG

Badan amal Perkhidmatan Guaman Pro Bono Singapura (Pro Bono SG) telah mengumpul lebih $1.7  juta menerusi acara kumpul dana utamanya, ‘Just Jalan 2025’ di samping acara lain, sekali gus mengatasi usaha pengumpulan dana pada 2024. 

Dana itu akan menyokong program utama Pro Bono SG, termasuk Skim Bantuan Guaman Jenayah (CLAS), Skim Sokongan Keadilan Keluarga (FJSS) dan Klinik Perundangan Komuniti (CLC), yang menyediakan nasihat undang-undang, perwakilan dan sokongan percuma kepada individu yang terdedah, menurut kenyataan badan amal tersebut. 

Menteri Negara (Pembangunan Digital dan Maklumat merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang merasmikan acara walkaton itu di OCBC Square di Hab Sukan Singapura pada 8 Februari berkata acara itu mengingatkan bahawa keadilan bukan satu keistimewaan untuk segelintir orang, tetapi tonggak asas masyarakat kita. 

“Saya amat teruja menyaksikan pelbagai kumpulan individu yang pelbagai itu berkumpul untuk tujuan yang sangat penting iaitu memastikan akses kepada keadilan untuk semua orang, terutamanya mereka yang lemah dalam masyarakat kita. 

Just Jalan 2025 merupakan satu peringatan bahawa keadilan bukan keistimewaan untuk segelintir orang, tetapi tonggak asas masyarakat kita,” ujarnya. 

Beliau turut memuji komitmen masyarakat undang-undang terhadap kerja pro bono dari tahun ke tahun, dan merasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk membuat perubahan yang nyata. 

“Sambil kami terus menyokong dan memperkasakan mereka yang mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk mengakses bantuan undang-undang, kami semakin hampir dalam membina masyarakat yang membolehkan semua orang mencapai keadilan dan kesaksamaan,” tambahnya. 

Kira-kira 1,000 peserta, termasuk karyawan undang-undang, pelajar, sukarelawan dan masyarakat awam telah menyertai Just Jalan 2025 yang kedua kali dianjurkan.

Kali ini ia  menggabungkan penyertaan secara fizikal dan maya untuk meningkatkan kesedaran dan dana untuk akses kepada tujuan keadilan.

Menurut kenyataan Probono SG, acara mengumpul dana itu terus berkembang dalam impak, melibatkan lebih ramai individu dan persatuan dalam misi untuk memastikan perkhidmatan undang-undang boleh diakses oleh semua, terutamanya masyarakat yang kurang bernasib baik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg