Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31

Pusat guaman pro bono baru bantu masyarakat di barat laut S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat guaman pro bono baru bantu masyarakat di barat laut S’pura

Jan 19, 2024 | 08:47 PM



Penduduk di kawasan barat laut Singapura yang menghadapi masalah guaman tetapi sukar berjalan jauh atau tidak faham teknologi, kini boleh mendapatkan bantuan di pusat guaman baru Perkhidmatan Guaman Pro Bono Singapura (Pro Bono SG) yang dibuka secara rasmi pada 19 Januari.

Pusat guaman masyarakat itu, yang terletak di Blok 547 Woodlands Drive 16, adalah yang kedua dibuka Pro Bono SG.

Ia akan bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat, termasuk pusat khidmat keluarga, pejabat khidmat sosial dan agensi khidmat sosial, untuk membantu orang awam secara keseluruhan.

Pelancaran pusat tersebut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan turut dihadiri sukarelawan, penderma, penduduk dan rakan kongsi masyarakat termasuk pekerja sosial.

Satu upacara menandatangani dua memorandum persefahaman (MOU) turut diadakan oleh Pro Bono SG, Realm of Tranquility dan R. S. Solomon Foundation, bagi membolehkan Pro Bono SG menempatkan dua peguam masyarakat, seorang pengurus pusat dan menyediakan pasukan yang terdiri daripada sukarelawan yang bertekad untuk memberikan bantuan guaman di Pusat Guaman Masyarakat di Realm of Tranquility.

Pertubuhan kebajikan sukarela, Realm of Tranquility, yang terletak di premis tersebut, akan menjadi tuan rumah bagi pusat guaman terbaru itu dan R. S. Solomon Foundation akan memberikan sokongan pembiayaan yang diperlukan untuk menubuhkan pusat tersebut.

Ia turut disokong oleh Dana Perkongsian Teras Strategik Sektor Perkhidmatan Sosial (4ST) yang ditadbir oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan The Majurity Trust, sebuah pertubuhan dermawan yang bekerjasama dengan pembiaya dan badan amal untuk menyalur pembiayaan ke golongan yang kurang mendapat perkhidmatan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada 19 Januari, Pro Bono SG akan menilai dengan teliti kesan Pusat Guaman Masyarakat di Realm of Tranquility pada masyarakat selama tempoh tiga tahun.

Terdapat rancangan menubuhkan pusat guaman tambahan di tiga kawasan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) untuk meningkatkan akses kepada keadilan untuk semua, tertakluk kepada kejayaan dua pusat yang sedia ada dan terdapatnya pembiayaan.

Peguam Kanan Gregory Vijayendran, yang merupakan pengerusi Pro Bono SG, berkata: “Kami berbesar hati mengumumkan pembukaan Pusat Guaman Masyarakat kedua yang dihoskan oleh Realm of Tranquility.”

“Ini mengutamakan pemberian bantuan sosioundang-undang kepada mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan Barat Laut Singapura.”

Mengulas pembukaan pusat tersebut, Encik Masagos berkata:

“Sokongan yang disediakan oleh Pro Bono SG – dari segi undang-undang, nasihat, advokasi dan bantuan guaman lain – berguna kepada mereka yang mengalami cabaran keluarga.

“Misalnya, Skim Sokongan Keadilan Keluarga yang dilancarkan oleh Pro Bono SG pada 2022 menyokong individu yang mengalami masalah keluarga seperti perceraian, keganasan rumah tangga, nafkah dan perkara berkaitan kanak-kanak,” tambah beliau.

Mencontohi kejayaan pusat guaman masyarakat pertama Pro Bono SG yang didirikan di Kuil Tian De di Hougang, pusat guaman kedua itu akan bekerja rapat dengan rangkaian rakan kongsi perkhidmatan sosial di kejiranan Woodlands.

Selain membantu individu yang memerlukan, Pro Bono SG menyediakan latihan dan mengadakan ceramah kesedaran guaman untuk masyarakat yang lebih luas dan berharap agar dapat membantu 1,200 kes setiap tahun.

Pusat itu dibuka kepada orang ramai dari Isnin hingga Jumaat dan mereka yang ingin mendapatkan bantuan digalak menghubungi dahulu menerusi emel help@probono.sg, atau telefon 1800-776 2666.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >