Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Produk Herbal Pharm sokong pelbagai gaya hidup

Kakitangan guna produk syarikat, dapat terangkan mengenainya kepada pelanggan berdasar pengalaman peribadi
Jun 27, 2025 | 5:30 AM
herbal pharm, gaya hidup, suplemen
Kakitangan berbilang bangsa syarikat, Herbal Pharm – (dari kiri) Cik Thet Htar Shwe Sin, Encik Mathavakannan, Encik Owen Lum Guo En dan Cik Radiah Rahmah – turut menggunakan pelbagai produk syarikat itu, sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka. - Foto HERBAL PHARM

Meskipun datang daripada latar belakang, budaya dan gaya hidup berbeza, kakitangan di syarikat Herbal Pharm berkongsi matlamat yang sama.

Mereka ingin mencapai tahap kesihatan lebih baik, dan sokongan berterusan majikan, jelas memainkan peranan penting dalam memudahkan usaha mereka ke arah gaya hidup lebih sihat.

Penolong Naib Presiden, Jabatan Jualan, Herbal Pharm, Cik Fadilah Din, berkata:

“Kami mempunyai dasar yang menggalak kakitangan menggunakan produk kami. Ia telah terbukti meningkatkan pelibatan dan kesetiaan pekerja dengan membuat mereka berasa dihargai dan disokong.”

Antara produk Herban Pharm yang biasa dicuba dan digunakan oleh kakitangan syarikat itu ialah suplemen mata, suplemen kecantikan kulit, kolagen dan ekstrak akar kunyit.

Penolong Naib Presiden, Kewangan & Sumber Manusia (HR), Cik Thet Htar Shwe Sin, 40 tahun, yang berasal dari Myanmar, telah bekerja di Herbal Pharm hampir 14 tahun.

Beliau telah mencuba produk ‘Omega-3’ dan ‘i.360’ Herbal Pharm untuk mengetahui sendiri keberkesanan produk itu dalam membantu keadaan matanya yang kering dan letih kerana menatap skrin komputer sepanjang hari.

“Omega-3 membantu saya mengingati sesuatu dengan lebih baik, dan tidak begitu pelupa. Ia membantu minda saya kekal tajam.

“Saya berurusan dengan nombor, jadi saya tidak mampu melakukan kesilapan.

“Selepas mengambil ‘i.360’ pula, mata saya tidak begitu letih. Hasilnya saya tidak banyak menggosok mata saya dan kulit di sekeliling mata saya tidak begitu kering,” ujar beliau mengenai perubahan yang dialaminya selepas mengambil produk itu.

Bagi Encik Mathavakannan, 47 tahun, pula, beliau memilih meningkatkan sistem imunnya dengan mengambil produk ekstrak akar kunyit.

Beliau telah bekerja di Herbal Pharm selama lapan tahun dan kini menjadi pengurus gudang.

Encik Mathavakannan mendakwa beliau berasa lebih bertenaga dan jarang sakit setelah mencuba ekstrak akar kunyit, yang dihasilkan untuk memberikan manfaat antiradang dan antioksidan bagi menyokong keselesaan sendi, kesihatan imun dan kecergasan keseluruhan.

“Sebagai pengurus gudang, selalunya saya berdiri sepanjang hari. Saya tidak banyak bercakap bersama pelanggan, lebih bersama kakitangan gudang.

“Sekarang, pada hujung hari saya tidak berasa letih seperti dahulu. Saya rasa ia juga membantu sendi saya kerana setakat ini saya tidak mengalami sakit sendi,” ujarnya.

Herbal Pharm turut mengeluarkan produk kesihatan kulit.

Peluang itu diambil oleh Pegawai Khidmat Pelanggannya, Cik Radiah Rahmah, 47 tahun, untuk mencuba ‘Kolagen Soylite’ dan ‘Miracle Skin’ bagi membantu menangani masalah ekzema.

Beliau, yang telah lima tahun bekerja dengan syarikat itu mendakwa dapat merasai sendiri keberkesanan produk-produk itu.

“Melalui ‘Miracle Skin’, dalam masa dua minggu ekzema saya berkurangan pada lengan saya dan ia tidak lagi keluar ruam.

“Melalui ‘Soylite’ pula, kulit saya kini kelihatan lebih cerah, tanda gelap telah berkurangan dengan ketara. Rona kulit saya lebih sama sahaja,” ujarnya.

Menurut Cik Radiah, beliau kini dapat menerangkan tentang produk-produk itu kepada pelanggan dengan lebih baik berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri.

Penolong Pemasaran Herbal Pharm, Encik Owen Lum Guo En, 28 tahun, pula menjalani kehidupan aktif dengan bersenam beberapa hari seminggu untuk mengekalkan keadaan fizikal yang baik dan menjalani gaya hidup lebih sihat.

Beliau mencuba produk ‘Gel Mandian Aleppo’ dan ‘Kapsul Shilajit’ syarikat itu.

“Saya suka mencuba perkara baru, terutamanya yang selaras dengan matlamat kesihatan saya.

“Saya sentiasa meminati produk semula jadi kerana saya percaya ia adalah produk terbaik,” ujar Encik Lum, yang menyertai syarikat itu pada Februari.

Menurut Encik Lum, ‘Gel Mandian Aleppo’ membuat beliau berasa segar dengan kulitnya tidak kekeringan. Beliau juga suka pada baunya yang bersih dan semula jadi.

‘Kapsul Shilajit’ yang dicubanya dirumus untuk menambah tenaga, meningkatkan stamina, dan menyokong penuaan sihat. Ia dikatakan dapat membantu dalam sesi senaman beliau.

“Ia memberi saya rangsangan yang saya perlukan. Tahap tenaga saya juga meningkat, terutamanya di pejabat,” kongsinya.

Dengan tenaga yang meningkat, beliau boleh memberi tumpuan dengan lebih baik pada kerjanya apatah lagi dengan banyak projek yang dikendalikannya sekarang.

Ternyata Herbal Pharm memahami bahawa perjalanan kesihatan setiap orang berbeza.

Cik Fadilah berkata: “Itulah sebabnya produk kami menyokong pelbagai jenis gaya hidup, daripada penjagaan sendi bagi orang dewasa aktif kepada sokongan tidur untuk para profesional yang sibuk, pengurusan glukosa bagi warga emas dan kesihatan imun untuk keluarga.”

Herbal Pharm menawarkan:

– Suplemen yang disasarkan untuk otak, jantung, sendi, imuniti, kulit dan banyak lagi

– Produknya dirumus berasaskan tumbuh-tumbuhan dan secara semula jadi. Ia dikatakan sesuai dengan gaya hidup vegan atau holistik

– Makanan berfungsi dan makanan unggul (superfood) untuk mereka yang lebih suka pemakanan melalui diet

– Ubat tradisional yang diilhamkan oleh perubatan Ayurveda dan herba

– Produk dalam format mudah seperti sachet (uncang) dan kapsul, agar sesuai dengan rutin harian

DAPATKAN PRODUK HERBAL PHARM

Jika berminat mendapatkan produk Herbal Pharm yang sesuai mengikut keperluan dan gaya hidup anda, sila ke pautan, https://www.herbalpharm.com.sg/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg