Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program eKMM pupuk minat ibu, anak-anak pelajari matematik

Sep 28, 2024 | 5:30 AM
Cik Mardiana Idrus bersama suaminya, Encik Mohammad Jufri Ramli, dan kededua anak mereka telah meraih manfaat daripada menjalani program ‘eKelasMateMatika’ (eKMM) anjuran Yayasan Mendaki.
Cik Mardiana Idrus bersama suaminya, Encik Mohammad Jufri Ramli, dan kededua anak mereka telah meraih manfaat daripada menjalani program ‘eKelasMateMatika’ (eKMM) anjuran Yayasan Mendaki. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Apabila Cik Mardiana Idrus, 39 tahun, mendaftar dirinya dan kededua anaknya dalam program eKelasMateMatika (eKMM) anjuran Yayasan Mendaki pada 2023, apa yang beliau tidak sedar adalah betapa seronoknya program tersebut, bukan sahaja untuk anak-anaknya, malah untuk dirinya juga.

Melalui pendekatan yang sistematik, Cik Mardiana, seorang suri rumah, dapat mempelajari bagaimana beliau dapat menjadikan Matematik sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anaknya dengan menggunakan objek di rumah dan di sekelilingnya.

Kini, setelah menjalani program eKMM yang berlangsung selama empat minggu, anak perempuannya, Aisha Humaira Mohammad Jufri, tujuh tahun, kelihatan lebih yakin dengan dirinya sendiri semasa membuat latihan kerja sekolah.

Malah, anak lelakinya pula, Ammar Haziq Mohammad Jufri, lima tahun, turut gemar meneroka pembelajaran matematik dengan cara sendirinya meskipun beliau masih menghadiri prasekolah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg