Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Program Insan Mukmin bantu semai sekitaran positif bagi bekas pesalah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Insan Mukmin bantu semai sekitaran positif bagi bekas pesalah

Mar 03, 2024 | 05:00 PM



Selepas dibebaskan dari penjara, Aminah (bukan nama sebenar) mendapati proses pemulihan dan mengintegrasi semula ke dalam masyarakat amat sukar buatnya.

Sebabnya sebagai bekas pesalah, Aminah beranggapan dirinya sering dipandang rendah oleh mereka yang di sekelilingnya, bahkan kerap “diganggu” oleh pengaruh negatif.

“Saya rasa keseorangan (dalam proses itu). Apabila saya rasa seorang diri, saya akan banyak berfikir dan inginkan perhatian.

“Apabila anda tidak mendapat perhatian itu, anda akan kembali mengambil dadah,” kongsi beliau yang telah keluar masuk penjara dua kali.

Kali pertama Aminah dimasukkan ke penjara pada 2021 selama 12 bulan, atas penyalahgunaan dadah. 

Pada 2023, beliau sekali lagi didapati menyalah guna dadah dan dihukum penjara selama 18 bulan. Beliau kini ditempatkan dalam program berasaskan masyarakat (CBP) dan akan dibebaskan pada Oktober 2024.

Namun, perjalanan pemulihan dan mengintegrasi semulanya kali ini lebih positif, dibantu oleh program kaunseling Islam, Insan Mukmin. 

Pada 3 Mac, Aminah merupakan antara 27 peserta – 10 wanita dan 17 lelaki – yang menerima sijil selepas selesai jalani program Insan Mukmin sejak Oktober 2023.

Program itu, yang diterajui Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan kerjasama Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), bertujuan membantu pesalah Islam meraih kemahiran menjadi seorang insan mukmin.

Ia dikendalikan selama 20 minggu semasa fasa bimbingan dalam penjara dan dilanjutkan dalam fasa bimbingan luar penjara selepas peserta beralih ke CBP.

Aminah berkongsi program itu mengajar peserta cara mengawal emosi dan berpegang pada amanah selain membina keyakinan dalam diri menerusi nilai Islam. 


“Ilmu agama saya kurang jadi program ini banyak mengajar saya. Ia mengingatkan saya apa yang saya sudah lupa. 


“Daripada saya membuang masa melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah, adalah lebih baik saya menghabiskan setiap hujung minggu ke masjid bagi program ini dan bergaul dalam persekitaran yang positif,” tambahnya. 


Turut hadir di majlis penyampaian sijil itu ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Ketika berucap di majlis yang berlangsung di Masjid Darul Aman itu, Dr Faishal berkata:

“Perjalanan pemulihan dan integrasi semula bukanlah mudah. Ia adalah perjalanan dipenuhi dengan banyak cabaran dan dugaan. Ada hari yang mana ia akan menjadi sangat mencabar, tetapi saya berharap dalam detik itu, anda akan mengimbas kembali apa yang telah anda capai dan menggunakannya untuk mendorong diri melangkah ke hadapan.

“Jangan rasa takut untuk minta bantuan.”

Lebih 100 peserta telah meraih manfaat daripada program Insan Mukmin sejak ia dilancarkan pada Oktober 2015.

Pengurus Fitrah, Encik Syahrin M Salleh, berkata maklum balas daripada peserta kumpulan terbaru ini dan interaksi mereka dengan asatizah amat menggalakkan.

“Mereka bersedia berkongsi pengalaman, keperitan perjalanan mereka bersama asatizah, Kami juga melihat kesan positif dalam harapan yang mereka ada,” ujarnya.

Ini merupakan tahun kedua program Insan Mukmin dianjurkan di Masjid Darul Aman.

Pengerusi Masjid Darul Aman, Encik Izammuddin Mohamed Ali, berkata masjid di Singapura memainkan peranan penting dalam masyarakat. 


“Kita melihat program Insan Mukmin adalah satu program yang bersangkut paut dengan kekukuhan institusi keluarga. Jadi, kami fikir  Masjid Darul Aman boleh memainkan peranannya menyokong program ini supaya ia dapat memberikan impak kepada peserta dan juga kita yang bersama mereka,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >