Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Majikan boleh memanfaatkan teknologi untuk bangunkan pekerja

Jan 30, 2019 | 5:30 AM
KERJASAMA MODAL INSAN: (Dari kiri) moderator yang juga penyunting eksekutif kanan akhbar The Straits Times, Encik Toh Yong Chuan; Timbalan Rakan Pengurusan Rajah & Tann, Cik Rebecca Chew; Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ascenz Solutions, Encik Chia Yoong Hui; Pengarah Urusan Federal Express Singapore, Cik Audrey Cheong; serta Ketua Khidmat Rundingan Mercer Singapore, Encik Sean Tan, di Forum Kerjasama Modal Insan-Singapore Press Holdings. - Foto BH oleh KEVIN LIM
KERJASAMA MODAL INSAN: (Dari kiri) moderator yang juga penyunting eksekutif kanan akhbar The Straits Times, Encik Toh Yong Chuan; Timbalan Rakan Pengurusan Rajah & Tann, Cik Rebecca Chew; Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ascenz Solutions, Encik Chia Yoong Hui; Pengarah Urusan Federal Express Singapore, Cik Audrey Cheong; serta Ketua Khidmat Rundingan Mercer Singapore, Encik Sean Tan, di Forum Kerjasama Modal Insan-Singapore Press Holdings. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

Rencana ini dibawakan oleh HUMAN CAPITAL PARTNERSHIP

Apabila pekerja tahu majikan mereka bersedia mendengar keprihatinan serta melabur dalam pembangunan dan latihan pekerja, kemungkinan besar mereka ingin terus berkhidmat dengan syarikat itu dan yakin dengan nilai syarikat tersebut. Selain berupaya mengekalkan dan menarik bakat, usaha mendekati pekerja ini juga boleh menghasilkan pekerja yang memegang kukuh dan yakin dengan nilai syarikat itu sehingga ini turut dicerminkan menerusi kerja yang mereka lakukan. Dengan transformasi teknologi yang dilalui syarikat, pekerja sedemikian juga akan lebih bersedia menerima perubahan hasil penyusunan semula di syarikat mereka. Ini merupakan antara manfaat usaha mendekati pekerja dengan lebih rapat yang dibincangkan dalam satu forum Kerjasama Modal Insan (HCP) baru-baru ini. Forum yang diterajui Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara) Zaqy Mohamad itu antara lain, turut mengetengahkan tiga ahli panel daripada Ascenz Solutions, Rajah & Tann dan Federal Express Singapore, yang merupakan sebahagian Program HCP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg