Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program pimpinan baru, geran bagi golongan kurang upaya capai potensi penuh

Oct 12, 2024 | 9:15 PM
Lebih 15,000 pengunjung hadir menyokong acara Purple Parade di Suntec City pada 12 Oktober. Purple Parade ialah kempen tempatan dalam meningkatkan kesedaran serta meraikan kelebihan golongan berkeperluan khas.
Lebih 15,000 pengunjung hadir menyokong acara Purple Parade di Suntec City pada 12 Oktober. Purple Parade ialah kempen tempatan dalam meningkatkan kesedaran serta meraikan kelebihan golongan berkeperluan khas. - Foto ST

Kawasan sekitar Suntec City berubah menjadi lautan ungu pada 12 Oktober sebagai lambang azam negara ini menjadi kota lebih inklusif.

Dengan disertai 15,000 orang, The Purple Parade, gerakan terbesar Singapura yang menyokong inklusiviti dan meraikan keupayaan individu kurang upaya (PwD), meraikan ulang tahunnya yang ke-12 dengan jumlah rekod peserta.

Selain 15,000 peserta yang menyertai acara itu, lebih 30,000 orang turut terlibat menerusi pelbagai usaha lain di serata Singapura sejak Ogos 2024.

Acara itu dihadiri Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial.

Antara peserta di acara itu termasuk Cik Fathima Zohra, 27 tahun, yang juga antara 11 peserta Program Pembangunan Kepimpinan baru kendalian The Purple Parade Limited yang dilancarkan pada 10 Ogos.

Program itu bertujuan membangunkan keupayaan kepimpinan golongan PwD agar mereka boleh mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Sekitar 50 orang dijangka menyertai program itu dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan kumpulan pertama peserta program itu diumumkan di The Purple Parade pada 12 Oktober.

Menurut pengerusi The Purple Parade Limited, Cik Rachel Ong, program itu juga direka untuk membolehkan individu dengan ketidakupayaan berbeza boleh berkumpul dalam satu bilik darjah.

Di acara itu, Cik Ong turut bercakap tentang geran $4 juta daripada Yayasan Temasek, yang akan digunakan The Purple Parade Limited bagi pelbagai usaha dalam tiga tahun mendatang untuk menawarkan sokongan khusus buat PwD selepas mereka mencapai usia 18 tahun.

Cik Ong, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast, berkata tiga inisiatif akan diperkenal setiap tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Berucap di acara itu, Encik Lee menarik perhatian Pelan Induk Pemerkasaan yang dilancarkan pada 2022 untuk memastikan setiap bahagian kehidupan rakyat - dari segi estet, tempat kerja, tempat tinggal dan masyarakat - bersifat inklusif, supaya setiap individu boleh mencapai potensi mereka sepenuhnya.

“Kami telah mencapai kemajuan baik. Ada banyak lagi usaha yang boleh dijalankan.

“Oleh itu, satukanlah hati dan semangat kami dan ayuh kita bekerjasama untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam Pelan Induk Pemerkasaan kita,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg