Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Program PPIS tangani keprihatinan pasangan sebelum berkahwin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program PPIS tangani keprihatinan pasangan sebelum berkahwin

Dec 31, 2023 | 05:31 AM



Pasangan muda mungkin mempunyai kekurangan contoh positif berkenaan cara menjadi pasangan yang baik.

Mereka juga kurang kemahiran dan pengetahuan untuk berkomunikasi dengan berkesan dan kurang tahu cara menyelesaikan konflik dalam perkahwinan.

Individu yang membesar dalam keadaan kurang baik, misalnya yang pernah mengalami penderaan atau keganasan juga perlu sokongan tambahan untuk mengawal selia pemikiran dan emosi mereka.

Lantaran itu, Program Persiapan Rumah Tangga anjuran Hab INSPIRASI Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menawarkan wadah buat pasangan muda untuk berbicara dalam persekitaran selamat dengan seorang pekerja sosial atau kaunselor untuk berbincang tentang keprihatinan pasangan sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Demikian yang dikongsi kaunselor INSPIRASI PPIS, Cik Maghfurah Salimen.

Menurut beliau, Program Persiapan Rumah Tangga INSPIRASI merupakan bengkel perkahwinan selama dua hari yang bertujuan membantu pasangan muda untuk membuat persiapan awal untuk membina asas keluarga yang kukuh sebelum mereka menuju ke alam perkahwinan.

Di samping itu, Hab INSPIRASI juga menawarkan sokongan kepada pasangan muda sepanjang 10 tahun perkahwinan pertama mereka. Ini termasuk kerja kes dan sokongan kaunseling serta pelbagai program yang direka bentuk untuk memperkukuhkan lagi rumah tangga mereka.

Program tersebut memberi penekanan kepada membina rumah tangga berdasarkan nilai-nilai sakinah, mawaddah dan rahmah. Pasangan berpeluang menerokai cara menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan rumah tangga mereka, terutama semasa menangani ibu bapa mentua dan anak-anak.

“Mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah. Rumah tangga yang bahagia dan sihat memerlukan komitmen, tenaga dan tumpuan yang berterusan.

“Justeru, ia penting bagi pasangan berkomunikasi untuk memahami dan menangani percanggahan yang berpotensi berlaku sebelum mereka berkahwin dan berbicara tentang isu-isu penting berkenaan kewangan, anak-anak dan masa depan,” kata Cik Maghfurah.

Selain Program Persiapan Rumah Tangga INSPIRASI PPIS, pasangan muda juga digalakkan untuk turut serta dalam program Bersamamu, satu inisiatif gabungan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan M³.

Program Bersamamu melibatkan para kadi dan naib kadi yang membimbing para mempelai sebelum mereka mendirikan rumah tangga sehinggalah meniti alam perkahwinan.

Salah seorang naib kadi yang bekerjasama dengan pasangan muda dalam program Bersamamu adalah Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof.

Menurut Ustaz Muhammad Zuhaili, sepanjang pengalamannya bekerjasama dengan pasangan, mereka selalu meminta penjelasan tentang nafkah anak-anak, cara mendidik anak berdasarkan panduan agama, amalan doa untuk mendapatkan keluarga yang sakinah serta anak yang soleh dan lain-lain lagi.

Sebagai usaha untuk terus membimbing pasangan muda, Ustaz Muhammad Zuhaili secara peribadi berhubung bersama pasangan melalui Whatsapp dan bersedia untuk memberi respon terhadap pertanyaan mereka.

Di samping itu, beliau juga mengundang pasangan tersebut turut serta dalam program Kelas Asas Agama yang diadakan melalui Zoom anjuran Masjid An-Nur.

Melalui program tersebut, beliau membantu pasangan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap ilmu agama yang asas dan memberi bimbingan terhadap isu-isu kekeluargaan yang diutarakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >