Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Program Tuisyen Mendaki bantu pelajar berpotensi raih keputusan lebih cemerlang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Program Tuisyen Mendaki bantu pelajar berpotensi raih keputusan lebih cemerlang

Jan 20, 2024 | 08:26 PM



Pelajar Program Tuisyen Mendaki (MTP) yang berpotensi meraih keputusan lebih baik akan mendapatkan lebih banyak bantuan, kata Yayasan Mendaki.

Ini dengan usaha badan bantu diri itu memperluas program tuisyennya bagi murid Darjah 5 dan Darjah 6 yang mendapat sekurang-kurangnya gred AL4 atau 75 mata dan ke atas, mulai suku pertama 2024.

Secara keseluruhan, seramai 8,500 pelajar mengikuti MTP pada 2024 – lebih tinggi berbanding tahun-tahun terdahulu.

Menurut Mendaki, bilangan pelajar MTP telah naik daripada seramai 7,464 pelajar pada 2020 hingga 8,280 pelajar pada 2023.

Semasa berkunjung ke salah sebuah pusat MTP di Sekolah Menengah Tampines pada 20 Januari – hari pertama kelas itu dibuka bagi 2024 – Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata 65 peratus daripada 102 murid Darjah 6 yang sebelum ini gagal dalam mata pelajaran matematik, telah berjaya mencapai kelulusan dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2023 selepas menyertai program bimbingan matematik satu per satu di bawah Program Tuisyen Mendaki (MTP).

Encik Zaqy juga berkata seramai 42 pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 yang gagal dalam subjek Matematik dalam praujian Mendaki, diadakan pada awal tahun, mencapai kelulusan dalam ujian lanjut penghujung tahun selepas menyertai program ‘Maths Booster’ di bawah MTP pada 2023.

Mengulas tentang bilangan itu, Encik Zaqy yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), berkata:

“Ini satu perkembangan baik di mana masyarakat kita terus mempunyai keyakinan dalam program ditawarkan Mendaki dan bagaimana Mendaki dapat membantu pelajar kita mencapai prestasi lebih baik di sekolah.”

Beliau juga menggesa agar keluarga yang mempunyai anak yang memerlukan bantuan akademik menyertai program berkenaan lebih awal agar dapat menerima lebih manfaat daripada program MTP.

MTP, dikenali terdahulu sebagai Skim Tuisyen Mendaki, antara lain menawarkan kelas tuisyen bagi Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi murid Darjah 1 hingga Darjah 6.

Di bawah MTP, Mendaki telah menawarkan sesi bimbingan Matematik satu pelajar dengan satu pendidik sejak 2019, dan program ini turut ditawarkan kepada pelajar Darjah 3 yang lemah dalam subjek itu.

Lebih 250,000 pelajar telah menerima manfaat daripada MTP sehingga kini, kata Mendaki.


Tambahnya, program itu disokong seramai 1,100 pendidik bagi 2023 di sebanyak 100 pusat.


Encik Zaqy turut meninjau beberapa program lain diadakan di bawah Mendaki termasuk Siri Teroka Kelab Mendaki bagi pelajar Menengah 3 dan program pementoran #amPowerd@MTS bagi pelajar Menengah 4.


Program tersebut antara lain menawarkan bimbingan bagi pelajar meneroka laluan kerjaya masa depan daripada karyawan setempat.


Beliau juga menyampaikan hadiah Anugerah Buku Mendaki kepada guru besar Sekolah Menengah Tampines, Encik Lan Mingjun, atas penyertaan sekolah itu sebagai pusat MTP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >