Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Project Goodwill Aid sasar hulur 5,000 botol kuih bantu golongan susah sempena Hari Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Project Goodwill Aid sasar hulur 5,000 botol kuih bantu golongan susah sempena Hari Raya

Mar 27, 2024 | 04:07 PM



Badan relawan Project Goodwill Aid (PGA) sedang menjalankan satu usaha untuk mengumpul sebanyak 5,000 botol kuih raya atau kerepek dan snek, demi menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi golongan yang memerlukan.

Sehingga 12 tengah hari, 5 April 2024, orang ramai yang berniat berbuat demikian boleh menderma kuih atau snek tersebut kepada relawan PGA di beberapa lokasi tertentu serata Singapura.

Salah satunya lokasi pengumpulan ialah di gerai 45, Carl’s Gallery di Wisma Geylang Serai, sebahagian bazar Hari Raya Geylang Serai berdekatan restoran Mutiara Seafood.

Lokasi lain termasuk di kawasan tengah dan utara Singapura adalah di Blok 29, Telok Belangah Rise; Blok 353A, Admirality Drive; Blok 899 dan Woodlands Drive 50.

Terdapat lagi tiga pusat pengumpulan di kawasan barat Singapura iaitu; Blok 447A, Bukit Batok West Avenue 9; Blok 527, Chua Chu Kang Street 51; dan Blok 258, Boon Lay Drive.

Orang ramai yang berniat menderma diharapkan untuk menghantar kiriman teks menerusi WhatsApp kepada relawan bertanggungjawab yang menjaga pusat pengumpulan itu.







Kuih raya yang diderma itu adalah sebahagian habuan yang bakal disediakan pihak PGA yang mengandungi lima botol kuih, kerepek atau snek, satu bungkusan kek, satu botol minuman, baucar berjumlah $10 serta satu sampul wang Hari Raya mengandungi sumbangan Zakat.

Penganjur rancangan serta pengasas PGA, Cik Siti Nuraini Salim, berkata pihaknya berharap dapat menyediakan sebanyak 1,000 set habuan berkenaan.

Pengagihan habuan itu bakal dijalankan pada 7 April dan akan diberi kepada golongan berpendapatan rendah, warga emas dan ibu tunggal, antara lain.

Ini merupakan edisi ke-12, PGA menjalankan daya usaha itu yang dipanggil PGA Raya Drive 2024.

Cik Siti berkata sebanyak 185 set daripada 1,000 telah berjaya dikumpul sehingga 27 Mac.

Ustaz Herman Sudil, pengasas TBQ Amal, yang mengendalikan pusat pengumpulan kuih raya di Wisma Geylang Serai itu di gerai hiasan rumahnya, Carl’s Gallery, berkata beliau berharap dengan ramainya pengunjung di bazar Hari Raya Geylang Serai, ia akan dapat memudahkan urusan bagi pihak PGA mendapatkan derma.







“Sehingga kini sudah ada ramai yang hantar kuih. Ada yang beli dekat Geylang kemudian hantar kepada kami di bazar ini, lebih senang bagi mereka,” katanya.

Ustaz Herman terdahulu menerbitkan satu catatan di Facebook yang menggesa warga di sini supaya tampil mendermakan kuih raya di gerainya, bagi menyokong usaha PGA.

Beliau berkata: “Mari kita kongsi rezeki dengan saudara setanah air kita.”

“Kalau anda ada lima hingga enam jenis kuih raya, tiga hingga empat macam kerepek raya... mungkin boleh kongsi sebotol dua?

“InsyaAllah amal baik itu pasti akan dibalas dengan balasan yang sebaiknya, di bulan yang penuh mulia ini,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >