Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anjur projek Sebar Kebaikan dekati masyarakat berbilang kaum, agama

Masjid Alkaff Kampung Melayu hidupkan tradisi berkongsi juadah berbuka puasa menerusi pengagihan bubur
Mar 29, 2024 | 5:30 AM
Projek ‘Spread Kindness’ melibatkan kakitangan Masjid Alkaff Kampung Melayu, Lembaga Pentabir Masjid (LPM) masjid itu, dan pelajar aLIVE. Befrienders (pendamping) dan belia juga turut bergotong-royong mengagih bubur masjid kepada penduduk di Blok 618 dan 619 Bedok Reservoir Road. 
Projek ‘Spread Kindness’ melibatkan kakitangan Masjid Alkaff Kampung Melayu, Lembaga Pentabir Masjid (LPM) masjid itu, dan pelajar aLIVE. Befrienders (pendamping) dan belia juga turut bergotong-royong mengagih bubur masjid kepada penduduk di Blok 618 dan 619 Bedok Reservoir Road.  - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Terus berusaha sebar kebaikan kepada semua. Sesuai dengan bulan Ramadan yang sedang dilalui, Masjid Alkaff Kampung Melayu telah menganjurkan projek ‘Spread Kindness’, atau Sebar Kebaikan yang bertujuan mendekati masyarakat di kawasan Bedok Reservoir tanpa mengira bangsa dan agama.

Salah satu langkah yang diambil oleh masjid itu ialah mengagih bubur masjid di Blok 618 dan 619, Bedok Reservoir Road, sejajar dengan ajaran dalam Islam bahawa Ramadan adalah bulan keberkatan, muhasabah diri, masa kebersamaan dan penyatuan masyarakat.

Masjid Alkaff Kampung Melayu telah mengambil peluang menghidupkan tradisi berkongsi juadah berbuka menerusi pengagihan bubur ini.

Seorang pegawai masjid, Ustazah Nursakina Khalida, menceritakan bagaimana salah seorang penduduk warga Cina pada mulanya tidak mahu menerima agihan bubur itu kerana takut perlu membayar. Tetapi apabila diberitahu ia percuma, beliau menerimanya dengan rasa gembira.

Projek ‘Spread Kindness’ itu melibatkan kakitangan, anggota Lembaga Pentadbiran Masjid (LPM), pelajar aLIVE, kumpulan-kumpulan ‘befrienders’ dan belia yang sama-sama bergotong-royong mengagih bubur masjid kepada penduduk di Blok 618 dan 619 itu.

Menjelaskan tujuan acara itu diadakan, Ustazah Siti Shazwani Azmi, pegawai pembangunan sosial, Masjid Alkaff Kampung Melayu, berkata:

‘‘Harapan kami daripada acara ini ialah mereka yang hadir dan juga terlibat dalam menjayakannya, dapat diterapkan dengan semangat suka buat kerja sukarela dan bergotong-royong. Bagi jemaah pula, mereka diharapkan akan juga menyokong usaha mengumpul dana bagi peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.’’

HULUR DERMA

Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di ruang ‘rujukan’ dan e-mel tangkap layar transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.

2. Hantarkan cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D atau Imbas Kod QR yang diberikan. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di ruangan ‘rujukan’.

4. Langsung ke Pejabat Masjid dariIsnin hingga Khamis: 2 petang hingga 6 petang.

5. Sila hubungi masjid di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg