Walaupun menghadapi cabaran semasa pandemik, projek baru dan kerja naik taraf estet perumahan di bawah Majlis Perbandaran Holland-Bukit Panjang (HBPTC) yang dijadualkan antara 2020 dengan 2023 telah berjaya dijalankan, menurut laporan HBPTC.
Mendedahkan Laporan Kemajuan HBPTC yang bertemakan ‘A Home of Possibilities’ – yang pertama kali dikeluarkan oleh majlis perbandaran – Anggota Parlimen (AP) GRC Holland-Bukit Timah yang juga Menteri Ehwal Luar, Dr. Vivian Balakrishnan berkata projek yang telah siap termasuk Pusat Penjaja Senja, trek berbasikal di sepanjang Koridor Kereta Api (Utara), Poliklinik Bukit Panjang, Rumah Penjagaan Senja, Ekspreswe Kranji (KJE) dan Laluan Atas Senja Road.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg