Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee hadiri pernikahan putera Brunei 13-15 Jan

Jan 12, 2024 | 6:08 PM
HADIRI PERNIKAHAN DIRAJA: Encik Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Brunei dari 13 hingga 15 Januari.
HADIRI PERNIKAHAN DIRAJA: Encik Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Brunei dari 13 hingga 15 Januari. - Foto LIANHE ZAOBAO

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Brunei untuk menghadiri Majlis Pernikahan Diraja Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Lawatan itu adalah atas undangan Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 12 Januari, Encik Lee akan ditemani isterinya, Cik Lee; Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Encik Lee dan delegasinya akan menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari dan Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari, yang akan diadakan di Istana Nurul Iman.

Sebelum Majlis Persantapan Diraja, Encik Lee dan isteri juga akan bertemu dengan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sepanjang ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyandang peranan selaku Pemangku Perdana Menteri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg