Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Projek ‘Gift A Baju Kurung’ hadiahkan pakaian Raya kepada keluarga susah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek ‘Gift A Baju Kurung’ hadiahkan pakaian Raya kepada keluarga susah

Mar 29, 2024 | 08:11 PM



Keluarga kurang bernasib baik dari empat kawasan perumahan – Bukit Batok East, Jurong East, Bedok dan Beach Road – berpeluang beraya penuh bergaya dengan baju baru di bawah daya usaha, ‘Gift A Baju Kurung’.

Sebanyak 3,000 baju – termasuk baju kurung lelaki, perempuan dan kanak-kanak – telah diagihkan secara percuma pada 28 Mac dalam satu acara di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok East.

Acara tersebut khusus bagi keluarga yang menetap di kawasan Bukit Batok East dan Jurong East.







Daya usaha itu dianjurkan badan kebajikan, Vision 21 dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Batok East, Masjid Ar-Raudhah dan syarikat pelancongan, Travel Connect.sg.

Secara keseluruhannya sekitar 6,000 baju berjaya dikumpulkan melalui daya usaha, ‘Gift A Baju Kurung’ hasil sumbangan masyarakat setempat.

Separuh daripada pakaian yang dikumpulkan itu telah diagihkan kepada keluarga memerlukan di kawasan Bedok dan Beach Road semasa acara iftar beramai-ramai di Arab Street pada 23 Mac.

Menurut pihak penganjur, daya usaha itu diharap dapat menggalak keterangkuman, meringankan beban kewangan keluarga yang lebih memerlukan, dan menyebarkan keriangan beraya.







Presiden Vision 21, Encik Muhammad Zacree Mohd Zain, berkata daya usaha itu juga diharap membuat penerima berasa lebih dihargai dan disayangi oleh masyarakat.

Hadiah seperti baju kurung juga dapat membangkit semangat semasa bulan Ramadan terutama sekali menjelang Aidilfitri, tambahnya.

Salah seorang penduduk yang telah meraih manfaat daripada daya usaha itu ialah Cik Nur Haryani Abdul Aman, seorang ibu tunggal dengan empat anak.

Beliau yang tidak bekerja kerana perlu menjaga anaknya autisme berasa amat bersyukur diberi bantuan tersebut.

“Ini sangat membantu. Saya ada juga dapat bantuan kewangan jadi wang itu boleh saya gunakan untuk beli kasut raya atau barang rumah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >