Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Relawan anggap Masjid JamaeChulia ‘rumah kedua’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID JAMAE CHULIA

Relawan anggap Masjid JamaeChulia ‘rumah kedua’

Hadir di masjid setiap hari
sejak 2005
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Sejak 2005, Encik Abdul Salam Mohamed Nasar sudah menganggap Masjid Jamae Chulia seperti rumah keduanya, bahkan sebahagian hidupnya. Selain menjadi jemaah setia di masjid tersebut, Encik Abdul Salam, 60 tahun, turut membantu sebagai relawan masjid.

Bagi dirinya, masjid ini mempunyai seni warisan tersendiri selain memberikan persekitaran yang tenang dan damai. Malah semua anggota dan sukarelawan masjid serta jemaah di sini juga akrab, mengenali satu sama yang lain, dan dianggap sebagai satu keluarga besar.

Antara tugasan yang dipikul Encik Abdul Salam pada Ramadan ini adalah memastikan semua jemaah yang berbuka puasa mendapat tempat yang selesa, serta agihan bubur masjid berjalan lancar.

Beliau akan ke Masjid Jamae Chulia sebelum masuk waktu zuhur dan akan pulang ke rumah pada 11 malam sepanjang bulan puasa ini. Baginya, bulan Ramadan adalah waktu yang paling sibuk, dan setiap bantuan daripada relawan amat dihargai oleh masjid.

“Saya sudah ke masjid ini setiap hari, hampir dua dekad lamanya. Bukan hanya kerana jarak yang dekat dari kedai saya, tetapi masjid ini juga mempunyai banyak keistimewaan tersendiri.

“Selain dilengkapi dengan seni bina yang lama dan unik, masjid ini juga sangat tenang, dan amat nostalgia bagi saya sendiri. Ini kerana pengasas Masjid Jamae Chulia sendiri berasal dari Tamil Nadu, India, bersamaan dengan asal usul keluarga saya juga. Kehidupan saya bagai tidak akan lengkap jika tidak ke masjid, walau sehari pun,” jelas peniaga baju di kawasan Chinatown ini.

MASJID DINAIK TARAF

Menurut Encik Abdul Salam, beliau telah melihat sendiri perubahan masjid setelah menjalani kerja peningkatan. Antara perubahan yang dilakukan ialah pemasangan alat penyaman udara, tanjakan, atau ramp, untuk kemudahan jemaah berkerusi roda, pembinaan bilik darjah, pemasangan jubin dan permaidani baru.


“Jika sebelum kerja naik taraf ini, masjid ini memang berbahang. Ramai yang mengeluh kerana terlalu panas dan tidak selasa untuk beribadah. Namun kini, setelah kerja peningkatan dijalankan, masjid begitu kondusif dan warga emas yang berkerusi roda juga mudah beribadah di masjid ini,” jelas datuk seorang cucu berusia tiga tahun ini lagi.

PERLU BANTUAN DAN SOKONGAN BERTERUSAN

Secara umum, sepanjang Ramadan ini, Masjid Jamae Chulia perlu membelanjakan sehingga $6,500 sehari. Ini bagi menampung sajian untuk beriftar/buka puasa dan sahur serta persediaan sehingga 1,300 bungkusan bubur masjid diagihkan secara percuma setiap hari.

Bagi dana peningkatan masjid pula, ia masih berkurangan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, pihak masjid terus gigih melaksanakan pelbagai program serta kegiatan dan pungutan dana sepanjang waktu ini.

Kerja peningkatan masjid ini menelan sehingga $3 juta dan jumlah terkumpul kini hanya mencapai $1.7 juta.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata, Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu pusat ibadah tertua di Singapura dan kelangsungan serta kepentingan untuk menjaganya adalah kepentingan kita bersama.

KEGIATAN RAMADAN

Selain mengadakan acara beriftar dengan jemaah serta solat tarawih, Masjid Jamae Chulia turut mengadakan majlis Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan yang lalu (27 Mac). Acara sahur pula akan diadakan pada 10 hari terakhir Ramadan disertakan juga dengan qiamullail (beribadah sepanjang malam).


“Pada Ramadan 2024 ini, sehingga 750 jemaah akan hadir untuk beriftar beramai-ramai. Pada tahun 2023 yang lalu, disebabkan masjid masih lagi menjalani kerja peningkatan, kami hanya hadkan kepada 350 jemaah sahaja. Pada tahun ini juga, kami akan menyediakan sahur pada 10 hari terakhir Ramadan disusuli pula dengan kegiatan qiamullail. Pembelanjaan untuk bubur masjid sahaja sudah pun mencecah $1,600 sehari.


“Dengan demikian, Masjid Jamae Chulia amat mengharapkan sokongan ramai, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Kami masih lagi memerlukan $1.3 juta untuk melengkapkan dana bagi kerja peningkatan yang baru berakhir ini,” tambah Encik Rasheed Zaman.

SUMBANGAN IKHLAS


Sumbangan ikhlas kepada Masjid Jamae Chulia boleh dibuat dengan:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Kiriman cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan dihantar melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >